Awas! 5 Tempat Pendakian Terbaik Wajib Diterjah Ketika Musim Sejuk Di Mesir

191 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

Kini, Mesir mengalami perubahan cuaca yang agak dingin membeku.

Sebahagian merasakan inilah waktu nikmat terbaik menggulung diri di dalam selimut dan meneguk secawan minuman coklat panas.

Bagi sebahagian lain pula merasakan inilah waktu sesuai untuk melakukan kegiatan yang jarang dan sukar untuk melakukannya pada musim lain terutamanya mendaki.

Baiklah, di sini kita akan senaraikan kawasan menarik yang pasti tidak akan mengecewakan anda:

#1 Wadi Degla

Antara kawasan yang disyorkan untuk singgah adalah di Wadi Degla. Terletak di kawasan beberapa minit dari Maadi di tengah-tengah kota Kaherah.

Wadi Degla merupakan salah satu kawasan yang boleh diakses semua menjadikannya tempat ini popular dan dikunjungi ramai.

Pada tahun 90-an, kerajaan Mesir mewartakan Wadi Degla sebagai tempat perlindungan. Wadi ini juga merupakan habitat bagi kehidupan liar terancam seperti burung, kelawar dan musang.

Foto: Wikimedia

#2 The Valley of the Whales

Sedikit jauh dari Kaherah beberapa jam ke selatan iaitu terletak di Fayoum iaitu di Perlembahan Ikan Paus atau dikenali sebagai  ‘Wadi El Hitan’. Kawasan terbaik ini memiliki permukaan tanah rata.

Perlembahan Ikan Paus ini juga diwartakan UNESCO merupakan kawasan warisan yang dilindungi.

Lokasi ini juga menyimpan tinggalan fosil di sebuah muzeum yang dipercayai nenek moyang ikan paus atau dikenali secara saintifik sebagai Archaeoceti.

Foto: UNESCO

#3 Dahab

Kebelakangan ini, Dahab menjadi tarikan utama untuk dilawati sewaktu musim sejuk.

Mulanya, Dahab merupakan tempat memancing penduduk setempat Sinai dan Bedouins, namun telah menjadi tumpuan kawasan pelancongan antarabangsa.

Dahab juga popular dengan kawasan menyelam di Blue Hole. Di sini masyhur dengan ke-biru-an lautnya dan batu karang.

Kawasan perlindungan Ras Abu Gallum juga terletak di antara Dahab dan Nuweiba yang memelihara lebih kurang kira-kira 165 jenis tumbuhan lautan dan memiliki kepebagaian spesis hidupan liar.

Foto: Egypt Today

#4 Saint Catherine

Sinai memiliki dua tempat pendakian dan tempat suci terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Saint Catherine juga diwartakan kawasan warisan UNESCO, tempat suci bagi Ortodoks.

Saint Cathrine terletak di antara gunung-gunung di selatan Sinai yang merupakan laluan terpanjang dan tertinggi tempat pendakian di Mesir. Memakan masa 5 hari pendakian untuk sampai ke puncak.

Foto: Wikipedia

#5 Mount Moses

Kawasan kurang disyorkan untuk mendaki iaitu di Pergunungan Musa. Tidak disyorkan kerana laluannya yang curam dan berbahaya. Namun, bagi sesiapa yang sukakan cabara, silakan.

Seperti dinyatakan sebelum ini, tempat ini juga merupakan kawasan suci bagi agama samawi seperti Islam, Kristian dan Yahudi.

Foto: Mary Steven

Disunting dan dialih bahasa melalui petikan artikel yang ditulis oleh Egyptian Streets.

Follow terus kami di kolum ini untuk mengikuti perkongsian info-info menarik tempat pelancongan.

Baca Juga: Lawatan Manusia Tertinggi dan Terpendek Dunia Ke Mesir Menjadi Tarikan Antarabangsa Sepanjang 2018