Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Luang Prabang, Laos

Tips di Luang Prabang

1,333 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Open list
8 submissions already

Luang Prabang antara destinasi yang mendapat sambutan di Laos. Selain Vientiane, ramai backpackers melencong ke Luang Prabang untuk mendapatkan ketenangan setelah berkunjung ke bandar yang sibuk seperti Vientiane.

Antara rakyat Malaysia juga, Luang Prabang menjadi tumpuan berbanding sebelum ini. Jika anda berpeluang atau ingin ke Luang Prabang, ini adalah perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum ke sana.

#1 Tuktuk Dari/Ke Airport

Keluar sahaja dari airport Luang Prabang anda akan nampak banyak teksi menunggu untuk menghantar anda ke pekan. Untuk lebih jimat, jalan keluar lebih kurang 30meter dari pintu keluar untuk mencari tuktuk. Untuk ke pekan yang tidak lebih 5km dari airport, harga yang sesuai dibayar untuk seorang menaiki tuktuk adalah tidak melebihi 10000kip.

5 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Please Don’t Rush

Jika anda ke Laos, anda akan nampak tulisan Lao PDR di mana-mana sahaja yang bermaksud Lao People’s Democratic Republic. Selain itu juga PDR membawa maksud please don’t rush. Disarankan jika anda melawat Laos terutamanya Luang Prabang, jangan terburu-buru. Ambil masa dalam setiap aktiviti yang anda lakukan. Untuk tempat seperti Luang Prabang, ramai yang menyangka tarikan di sini amat terhad tetapi sebenarnya banyak yang boleh dilihat jika anda betul-betul mengambil masa mengenali tempat ini. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Luang Prabang.

5 points
Upvote Downvote

submitted by

#3 Bahasa

Bahasa rasmi mereka adalah bahasa Lao. Di Luang Prabang tidak ramai yang fasih berbahasa Inggeris tetapi masih mudah untuk berkomunikasi dengan mereka untuk perkara-perkara asas seperti tanya arah dan harga barang dengan menggunakan bahasa Inggeris yang ringkas dicampur dengan bahasa isyarat(bahasa universal).

4 points
Upvote Downvote

submitted by

#4 Alms Giving Ceremony

Lebih 60% penduduk di Laos beragama Buddha. Upacara memberi makanan kepada sami Buddha merupakan sesuatu yang sangat suci bagi mereka. Jadi apa yang anda perlu tahu sebelum terlibat dalam acara ini?

  • berpakaian sopan
  • jika terlibat secara langsung (memberi makanan), tanggalkan kasut anda.
  • elakkan bertentang mata (merenung) dan menyentuh mereka.
  • cuba jadi sesenyap mungkin, elakkan membuat bising.
  • bagi perempuan, mereka hendaklah sentiasa merendahkan kepala mereka daripada sami sepanjang masa.
  • elakkan berbual dengan pemberi makanan dan sami-sami tersebut
  • jika anda ingin menangkap gambar, jaga jarak anda dan jangan terlalu hampir dengan sami dan pemberi makanan.
4 points
Upvote Downvote

submitted by

#5 Matawang

Matawang yang digunakan adalah Laos Kip. RM1 bersamaan lebih kurang dengan 2000Kip manakala USD1 bersamaan dengan lebih kurang 8400Kip. Semasa perjalanan kami di sana, duit paling kecil yang kami jumpa adalah duit kertas bernilai 500Kip. Tidak pernah kami nampak sesiapa menggunakan duit syiling di sana.Duit Kip susah didapati di mana-mana pusat tukaran wang di malaysia jadi kami cadangkan untuk anda menukar duit anda ke USD ataupun Thai Baht sebelum ke Luang Prabang.

3 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 Simcard

Kalau travel mestilah nak update kat media sosial kan? Jangan risau. Simcard di Luang Prabang mudah didapati di airport. Sebelum keluar airport terdapat beberapa company yang menjual simcard dengan harga serendah $3 sehinggalah $10 bergantung kepada plan apa yang anda mahukan. Untuk seminggu 5gb data rasanya sudah mencukupi. Kalau banyak sangat data nanti takut tak enjoy travel sebab terlalu focus dengan phone kan. Tapi memang sangat murah berbanding anda roaming.

3 points
Upvote Downvote

submitted by

#7 Waktu Terbaik Untuk Pergi

Bulan Oktober hingga April adalah masa yang paling popular untuk melawat Luang Prabang. Ketika itu suhu tidak terlalu panas dan anda berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan bot Bun Awk Phansa yang diadakan di Nam Khan dan Sungai Mekong pada bulan October. Pada 14 hingga 16 april setiap tahun pula diadakan sambutan Tahun Baru Lao di mana anda dapat saksikan acara tradisi menembak air sesama mereka mirip seperti pesta air Songkran Thailand.

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#8 Visa

Untuk rakyat Malaysia, kita diberikan tempoh 30 hari untuk melawat Laos tanpa memerlukan kita memohon visa. Passport kita akan dicop di immigration point untuk pelepasan tersebut. Pastikan tempoh sah laku passport anda sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh anda memasuki Laos.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Video Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

Drop Video Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Add

Supported services:

Maximum upload file size: 10 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

26 points
Upvote Downvote