Aktiviti-Aktiviti Menarik Di Luang Prabang, Laos

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Di Luang Prabang?

667 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Open list
11 submissions already

Semenjak penerbangan terus dari KLIA ke Luang Prabang diperkenalkan oleh Air Asia tahun lalu, semakin ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke Luang Prabang. Mungkin kerana tambang penerbangan yang murah dan waktu penerbangan yang singkat (3jam). Luang Prabang juga telah menjadi destinasi yang semakin popular di kalangan backpackers. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini sebab ada ura-ura yang mengatakan tidak lama lagi Air Asia akan terminate laluan ini untuk memberi ruang kepada destinasi lain. Jika ianya terjadi, untuk ke Luang Prabang anda perlu ke Vientiane dahulu. Di sini kami senaraikan beberapa aktiviti menarik yang anda boleh lakukan jika anda bercadang untuk mengunjungi Luang Prabang.

#1 Utopia Bar

Disenaraikan sebagai bar yang paling chill dan best di Luang Prabang. Makanan yang dihidangkan pun tidak mahal dan sedap. Boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik dari bar ini.

5 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Pak Ou Caves

Gua yang menghadap Sungai MMekong, mengandungi gua atas (Tham Theung) dan gua bawah (Tham Thing). Gua ini terkenal dengan ribuan patung kecil Buddha yang menghiasi kedua-dua gua ini. Untuk ke gua ini anda perlu menaiki bot yang berharga 13,000kip (pergi dan balik) seorang dan untuk masuk ke gua pula dikenakan bayaran sebanyak 20,000kip seorang.

4 points
Upvote Downvote

submitted by

#3 Morning Market dan Night Market

Anda tidak boleh ke Luang Prabang dan pulang sebelum anda meluangkan waktu anda di night market dan morning market. Terdapat pelbagai makanan tradisional dan kraftangan dijual dengan harga yang murah. Jangan lupa untuk cuba vegetarian buffet dengan harga 15,000kip seorang dan coconut pancake!

3 points
Upvote Downvote

submitted by

#4 Whisky Village

Untuk ke Pak Ou Caves anda boleh singgah di Whisky Village, setengah jam perjalanan sebelum anda sampai di Pak Ou Caves. Di sini mereka membuat produk terkenal mereka iaitu rice wine dan paling popular ialah minuman beralkohol yang mengandungi binatang berbisa seperti ular dan kala jengking. Di sini juga ada menjual produk tenunan kain dan sutera yang dibuat sendiri di sini.

3 points
Upvote Downvote

submitted by

#5 Late Night Bowling And Archery

Anda kehabisan idea? Perlukan hiburan lewat malam? Ini adalah hiburan yang anda perlukan.  Pusat bowling ini terletak lebih kurang 10minit dari pekan Luang Prabang. Ia dibuka sampai 3pagi. Tanya sahaja mana-mana pemandu tuk-tuk yang anda mahu ke tempat bowling pastinya mereka semua tahu. Tambang sekitar 5,000–10,000kip seorang untuk tuk-tuk. Untuk 1 frame, harganya adalah 20,000kip dan menariknya anda boleh bermain dengan berkaki ayam.  Kebanyakan yang bermain di situ adalah backpackers yang datang melancong di Luang Prabang.

3 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 Kuang Si Falls

Tarikan utama di Luang Prabang. Terletak lebih kurang 30km dari pekan Luang Prabang. Pilihan pengangkutan yang terbaik adalah dengan menaiki tuk-tuk ataupun menyewa motosikal. Harga bayaran untuk masuk adalah sebanyak 20,000kip. Untuk parking motosikal bagi yang menyewa motosikal ke sana, bayaran yang dikenakan adalah 2,000kip. Di situ juga terdapat pusat perlindungan beruang terutamanya spesies Moon Bear.

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#7 Sunrise Dan Sunset Di Atas Puncak Mount Phousi

Perjalanan ke atas adalah selama 10-15minit dan anda perlu menaiki lebih kurang 300 anak tangga yang berjumlah ketinggian sekitar 100-150 meter sahaja. Untuk menaiki Mount Phousi, bayaran sebanyak 20,000kkip dikenakan setiap seorang. Pemandangan matahari terbenam berlatarbelakang Sungai Mekong manakala matahari naik pula dihiasi dengan bentuk muka bumi gunugg-ganang dan pemandangan pekan Luang Prabang yang indah. Untuk sunrise, seeloknya anda berada di puncak sebelum 5.30am manakala untuk sunnset pula seeloknya anda berada di puncak sebelum 6.30pm untuk mengejar ‘Golden Hour’.

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#8 Alms Giving Ceremony

Ini adalah upacara memberi makanan kepada ratusan sami-sami Buddha dari 35 kuil sekitar Luang Prabang. Upacara ini adalah setiap hari dan bermula ketika matahari naik di awal pagi. Di musim panas selalunya ia bermula sekitar pukul 5.30am manakala di musim sejuk ia bermula sekitar pukul 6.30am.

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#9 Royal Palace Museum

Muzium adalah salah satu tempat terbaik untuk anda belajar tentang sejarah dan budaya negara yang anda kunjungi. Waktu buka muzium ini adalah dari 8.00am sehingga 11.30am dan buka semula dari 1.30pm sehingga 4.00pm. Buka setiap hari kecuali hari Selasa. Tiket untuk masuk dikenakan sebanyak 30,000kip seorang.

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#10 Tad Sae Waterfall

Tidak dapat menandingi kecantikan air terjun Kuang Si tetapi berbaloi untuk dilawati. Untuk ke sini juga perlu menaiki bot yang berharga 10,000kip seorang untuk perjalanan pergi dan balik merentasi sungai yang memakan masa lebih kurang 5minit. Dan untuk memasuki kawasan air terjun pula dikehendaki membayar seorang 15,000kip. Air terjun ini mempunyai 3 level dan untuk ke level yang paling tinggi anda perlu berjalan melalui hutan selama lebih kurang 40minit.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Video Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

Drop Video Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Add

Supported services:

Maximum upload file size: 10 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

26 points
Upvote Downvote