Ada Apa Dengan Luxembourg?

Negara Paling Kaya Di Dunia Yang Patut Anda Lawat

970 Views in ,
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Luxembourg adalah negara kecil di Eropah yang dikelilingi oleh Belgium, Perancis dan Jerman. Kurang mendapat sambutan pelancong dari Malaysia, Luxembourg seharusnya diketengahkan sebagai salah satu destinasi negara pilihan bila melancong ke negara-negara Eropah.

Pemandangan dari dalam keretapi keluar dari Luxembourg City

Sedikit fakta tentang Luxembourg

  • rakyat malaysia tidak memerlukan visa untuk melawat negara ini selama 30 hari seperti kebanyakan negara Eropah yang lain
  • matawang yang digunakan adalah Euro
  • hampir 50% penduduk di Luxembourg adalah orang luar
  • harga minyak dan rokok adalah sangat murah berbanding negara Eropah yang lain
  • menggunakan bahasa Luxembourgish yang banyak persamaan dengan bahasa Jerman malah kadang2 dianggap sebagai salah satu slang dalam bahasa Jerman
  • dengan hanya berkeluasan 2586km persegi, ia adalah salah sebuah negara yang terkecil di Eropah
  • 23 Jun setiap tahun adalah Hari Kebangsaan Luxembourg
€5.40 untuk 25 batang

Untuk travel di dalam negara ini juga sangat mudah. Hampir kesemua pelusuk Luxembourg anda boleh sampai dengan hanya menggunakan pengangkutan awam sama ada bas ataupun keretapi.

1 pass boleh digunakan untuk semua bas dan keretapi dalam negara. Untuk pelancong, ada 2 jenis pass yang kita boleh pilih sama ada short-term pass (€2 untuk 2jam) dan long-term pass (€4 untuk 1 hari). Uber tiada di negara ini kerana isu legal.

Tapi jangan risau walaupun anda sampai di airport tengah malam, ada bas (no. 16) yang boleh bawa anda dari depan airport sehingga ke pusat bandar.

Long term pass

Bagi saya, masa yang sesuai untuk datang ke Luxembourg adalah pada musim panas kerana siang yang panjang dan lebih masa untuk anda berjalan-jalan! Cuaca boleh jadi agak panas tapi kadang-kadang Malaysia pun panas gak kan hehe.

Tapi Luxembourg tidak kurang cantiknya juga ketika musim sejuk lagi-lagi bila diliputi salji (berdasarkan sumber gambar google). Mungkin di musim panas harga hotel atau hostel agak mahal tapi boleh dipertimbangkan untuk cuba tinggal di dalam khemah.

Banyak camping site di sekitar Luxembourg yang dibuka sepanjang musim bunga dan musim panas. Harga pun selalunya jauh lebih murah daripada hotel atau hostel.

Luxembourg City adalah ibu negara bagi Luxembourg. Dalam kawasan ini sahaja terdapat pelbagai tarikan untuk dilawati. Contohnya adalah Chemin de la Corniche. Ia adalah saki baki tembok pertahanan yang dibina oleh Sepanyol dan Perancis pada kurun ke-17.

Dari Corniche ini anda dapat melihat pemandangan sekitar Luxembourg dari ketinggian yang agak memuaskan. Bahkan Chemin de la Corniche digelar sebagai “Europe’s most beautiful balcony”. Di sekitar tembok itu anda boleh melihat beberapa lagi tarikan seperti Grand Ducal Palace, Notre-Dame Cathedral, Adolph Bridge dan Mudam.

Di waktu malam pula pada musim panas, diadakan tayangan wayang open air bersebelahan dengan Grand Ducal Palace.

Corniche di waktu malam
Tayangan wayang open air percuma
Chemin de la Corniche
Grand Ducal Palace
Notre-Dame Cathedral

Untuk melihat keindahan desa dan keluar dari hiruk-pikuk bandar, anda boleh cuba ke Vianden dan Beaufort. Hanya perlu mengambil keretapi dan bas sahaja untuk ke sana. Makanan halal pun banyak di sini tetapi pilihan agak terhad kepada makanan arab.

Harga juga biasa-biasa contohnya untuk shawerma adalah €5. Bagi saya, 3 hari boleh dikatakan memadai untuk melihat secara kasar negara Luxembourg ini. Memandangkan Luxembourg City hanyalah 3jam perjalanan menggunakan bas dari Brussels, mengapa tidak singgah di sini lain kali bila anda berada di Brussels ataupun bandar berdekatan? Percayalah anda pasti terpikat dengan Luxembourg.

Shawerma €5
Vianden Castle
Beaufort Castle dari jauh

Beaufort Castle

39 points
Upvote Downvote