7 Etika Sebagai Traveller Untuk Tidur Di Airport

Jadilah “Airport Overnight Sleeper” Yang Berhemah

259 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Kebanyakan traveller lebih gemar untuk tidur atau berehat dahulu di airport sekiranya mengambil flight di awal pagi bagi mengelak terlepas flight. Kadang-kadang flight yang tiba lewat malam di sesuatu tempat asing juga menjadi faktor traveller berehat dahulu di airport sebelum meneruskan perjalanan. Ini adalah kerana sukar mendapatkan bas atau teksi ke pekan. Kalau ada pun sudah tentu la mahal.

Selain itu penjimatan duit juga menjadi faktor traveller memilih untuk berehat semalaman atau overnight di airport sekiranya sampai lewat malam. Selain dapat berehat untuk berjalan keesokan harinya, wang juga dapat dijimatkan dengan tidak berbelanja semalam untuk penginapan.

Tetapi apakah etika sebagai seorang traveller untuk tidur di airport? Adakah anda jenis “kaki langgar” je asal jimat? Atau anda jenis menjaga etika ketika bermalam di airport?

Di sini kami ada beberapa etika untuk ditekankan ketika anda memilih untuk bermalam di mana-mana airport serata dunia.

1- Pastikan anda dibenarkan untuk tidur di airport tersebut

Bagaimana anda mahu pastikan perihal tersebut? Boleh lihat di website Sleeping In Airports. Website ini memberi panduan tentang airport mana yang boleh tidur, mana yang tidak, serta panduan am tentang apa yang boleh dan tak boleh dilakukan di airport tersebut.

Jika airport tersebut tidak membenarkan orang awam untuk tidur, jangan pula anda degil dan memarahi pekerja sekiranya dikejutkan dan dihalau. Sesetengah airport malah menghadkan tempoh masa untuk anda berada di dalam airport tersebut. Jadi bagaimana mahu mengatasi masalah tersebut?

Saya bagi 4 cara:

  1. Jangan tidur di situ.
  2. Tidur duduk di kerusi dan jangan pejam mata supaya orang sangkakan anda tidak tidur. Ini untuk orang yang ilmunya hebat sahaja.
  3. Tidur duduk dan pakai spek hitam. Keadaan kena relax dan jangan berdengkur nanti kantoi.
  4. Ambil flight yang tiba lebih awal dan tempah hotel di luar. Ada juga sesetengah airport yang menyediakan ruang tidur atau rehat beberapa jam berbayar.

2- Jangan mengganggu laluan orang lain

Yang ini paling kerap saya jumpa. Tidur selamba dia menjulurkan kaki sehingga menghalang laluan orang lain. Kalau boleh tidur elok-elok la posisi tu. Kalau nak menjulur kaki, cari tempat yang tidak mengganggu laluan dan ruang orang lain.

3- Jangan pentingkan diri

Kalau tidur, ambil ruang yang perlu saja. Terutamanya yang tidur di sofa atau tempat duduk. Beg letak di bawah jangan letak atas kerusi pula. Itu dah membazir ruang untuk orang lain tidur di kerusi tersebut.

4- Jaga keselamatan diri dan barang anda

Jangan tidur di tempat yang terlalu tersorok yang tiada orang lalu-lalang. Cari juga tempat yang tidak sunyi walaupun susah. Barang kecil berharga seperti phone,dompet dan passport letak dalam poket seluar atau jaket. Backpack boleh dijadikan sebagai bantal untuk mengelakkan kehilangan dan orang lain memasukkan benda-benda yang tak diingini ke dalam backpack anda.

5- Tidur dengan sopan

Jangan mendedahkan apa yang tak sepatutnya didedahkan. Posisi jangan pelik-pelik pula. Kalau kesejukan pakai la sweater atau baluti tubuh anda dengan sleeping bag. Kalau tahu berdengkur cuba jauhkan diri anda dari orang ramai tapi bukan di tempat sunyi.

6- Jadilah traveller yang bertanggungjawab

Kalau ada terjumpa barang yang bukan milik anda, serahkan kepada lost and found. Kalau ternampak ada cubaan mencuri barang jiran tidur anda oleh orang lain, cuba halang dan kejutkan dia. Jangan pula sebab bukan anda yang kena anda biarkan je.

7- Berkongsi power outlet

Bukan anda seorang je yang nak charge telefon. Orang lain pun perlukannya juga dan power outlet di airport kadang-kadang terhad. Cukuplah charge sekadar perlu bukan sepanjang anda tidur anda biarkan je. Kalau baik hati boleh pinjamkan extrension plug untuk orang lain.

Tidur di airport
Jangan scam orang macam ni pula