6 Kesilapan Aku Ketika Backpack di Kuwait

312 Views in
Content AuthorCommunity ModeratorVerified UserYears Of MembershipStory MakerList MakerUp/Down VoterGallery Maker

Salam 3 benua ,,Kesilapan ketika backpack ke Kuwait

Seperti yang sedia maklum, negara Kuwait mempunyai matawang antara yang termahal didunia. Jadi kos untuk travel ke sana jugak agak mahal. Ternyata impian untuk mengurangkan kos ketika travel kesana tidak berhasil mahal bertambah pula. Ini adalah kesalahan yang saya lakukan dan mungkin boleh dijadikan pedoman.

#2 Check In Hotel

Check in hotel di awal pagi. Disebabkan saya tiba pada jam 1 pagi dan melalui pembacaan saya, hanya boleh berada di lapangan terbang selama 3 jam. Saya membuat keputusan untuk check in hotel. Tahu sajalah hotel di Kuwait boleh tahan jugak harganya. Saya tiba di hotel pada jam 230 pagi. Walaupun telah membuat tempahan menggunakan booking.com, bilik yang saya tempah sudah penuh dan mereka tidak membenarkan saya untuk check in. Tetapi saya berkeras kerana saya sudah memberitahu mereka tentang masa ketibaan yang lewat dan tempahan telah disahkan. Akhirnya, mereka memberi hotel yang lain.

3 points
Upvote Downvote

#3 Teksi Malam

Menggunakan teksi selepas jam 12 malam. Seperti yang sedia maklum, selepas 12 malam, harga teksi akan meningkat. Bayangkan harga teksi ke bandar Kuwait adalah 15 Kd. Jadi apa sepatutnya dilakukan ? Jika tiba di Kuwait pada awal pagi dan ingin menjimatkan kos, dinasihatkan supaya tidak menempah hotel. Apa yang perlu dilakukan untuk membunuh masa sehingga awal pagi adalah dengan melambatkan pemprosesan visa ( tak perlu nak tergesa-gesa). Selepas itu lepak di dalam airside atau menikmati hidangan di balai ketibaan. Wifi percuma boleh didapati di balai ketibaan .Bas pertama ke pusat bandar adalah pada jam 430 pagi dengan harga 0.25 Kd. Murahkan jika hendak dibandingkan dengan menggunakan teksi.

1 point
Upvote Downvote

#5 Penerbangan

Memilih penerbangan lewat malam atau terlalu awal pagi walaupun harga yang ditawarkan lebih murah. Cuba elakkan ketibaan selepas pukul 12 malam hingga 3 pagi. Ini adalah kerana tidak perkhidmatan bas ke pusat bandar.

0 points
Upvote Downvote

#6 Bermalam

Boleh memasuki airside. Melalui pembacaan saya, tidak banyak traveller yang bermalam di airside. Jadi, jika penerbangan tiba awal. Bolehlah lepak di airside. Walaupun pada waktu pagi, lapangan terbang Kuwait tidak pernah sunyi

0 points
Upvote Downvote

#7 Lapangan Terbang

Hanya boleh 3 jam di airport. Apa yang saya dimaklumkan, warga negara asing hanya boleh berada di lapangan terbang selama 3 jam sahaja dan selepas itu akan dihalau. Pada pemerhatian saya, tiada pun orang yang datang untuk memastikan kita hanya berada di sana 3 jam sahaja. Jadi, jika kita tiba awal di lapangan terbang, bolehlah menikmati hidangan di pelbagai pilihan restaurant. Tidak perlukah tergesa-gesa untuk menempah hotel.

0 points
Upvote Downvote

24 points
Upvote Downvote