5 ‘Perangkap Busuk’ Yang Akan Membuatkan Anda Murung Ketika Melancong Di Mesir

Sekali kena pasti sakit boh!

990 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

Melancong di Mesir merupakan suatu cabaran yang Maha Dahsyat dan memerlukan kepada pengetahuan. Dapatkan nasihat dan Google informasi dahulu sebelum ke sana supaya tidak jatuh ke dalam perangkap mereka.

Apa perangkap mereka?

#1 Pemandu Pelancong di Kawasan Piramid

Mesir = Piramid

Begitulah formula ringkasnya. Sedang di negara-negara juga ada malah ada lebih banyak berbanding Mesir seperti di Sudan.

Apa-apa pun, sudah pasti antara yang menjadi tarikan utama di Mesir adalah piramid. Maklumlah ini antara bukti kewujudan Tamadan Purba Mesir dahulu kala yang diperintah oleh Firaun. Ditambah lagi dengan Transformers yang pernah dilakonkan di sini suatu ketika. Acah-acah artis gitu.

Antara piramid yang masyhur adalah Piramid Menkaure, Piramid Khafre dan Piramid Khufu.

Namun, kewujudan ‘anak-anak Firaun’ sangat merimaskan dan menyukarkan perjalanan kita ke sana. Segelintir mereka akan menahan kita di pintu utama, melarang kita masuk dan membawa kita untuk mengikuti ‘jalan mereka’.

Mereka akan sedaya upaya (all out) meyakinkan dan memaksa kita bagaimana cara sekali pun. Nasihat ringkas: JANGAN PERCAYA! Jangan tertipu dengan rintihan mereka. Just go straight and don’t belok-belok. Hah gitu.

Kalau tak memang wang anda akan disapu dengan pakej-pakej unta dan kuda mereka yang diletakkan dengan harga yang sangat-sangat tidak munasabah.

Foto: Egypts Mania

#2 Upah Fotografi

Fotografi menjadi antara keperluan ketika melancong, sebagai kenang-kenangan. Maka, kita pun berusaha mendapatkan kamera untuk menghasilkan kualiti yang memberangsangkan. Semua nak high definition (HD), tak nak kabur-kabur. Capture the moment!

Maklumlah Mesir juga terkenal dengan keindahan alam, pelbagai tempat dan kesan-kesan bersejarah terutamanya tinggalan para Nabi (anbiya), sahabat-sahat Rasul dan para ulama. Istimewanya di sini juga ada disimpan barang milik junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Antara keunikan di Mesir yang lain adalah kepelbagaian seni bina dan ukiran. Dari kerajaan Mamluk, Uthmaniyyah sehinggalah kerajaan penjajah British dan Perancis. Semua jelas indah terpapar melihat binaan yang dibangunkan oleh mereka. Memang klasik habis.

Sampah merata itu tolak ketepi.

AWAS! Elakkan menyerahkan kamera atau telefon bimbit anda untuk tujuan fotografi jika ada Arab Mesir yang menawarkan khidmat secara sukarela. Majoriti mereka pasti akan meminta anda untuk membayar upah walaupun satu sahaja foto.

Foto: Peta Pixel

#3 Harga Gila

Tidak lengkap rasanya perjalanan tanpa membeli sebarang cenderahati. Kalau boleh nak beli juga walaupun satu. Samada key-chain, t-shirt atau magnet. Tak cukup duit di tangan, swipe kad kredit.

Menjadi kelebihan jika mata wang negara asal anda lebih tinggi daripada mata wang Mesir iaitu Pound Egypt atau lebih mesra dipanggil junaih. Memang shopping sakanlah kita.

Berjaga-jagalah sewaktu berurus-niaga dengan para peniaga Arab Mesir terutamanya di pasar-pasar terbuka. Bukan untuk kita berburuk sangka tetapi berwaspadalah.

Harga yang asalnya 20 Pound boleh menjadi 200 Pound, yang 50 Pound mencecah 500 Pound apabila melihat bangsa selain Arab Mesir singgah ke kedai-kedai mereka. Gila betul!

Tips nego habis harga sampai pekedai turun harga paling rendah. Jika masih berkeras juga, tinggalkan terus kedai tersebut. Cari kedai yang menawarkan harga yang lebih berbaloi dan berpatutan.

Kebiasaannya lepas kita meninggalkan kedai, mereka akan tarik tangan kita semula dan menyebut ‘harga diskaun’ sehingga kita membeli juga di situ.

Foto: Connolly Cove

#4 Jual Beli Dollar

Kita semua tahu Mesir merupakan antara negara yang kaya dengan hasil muka bumi dan terkenal dengan industri pelancongan dan pendidikan. Malangnya, disebabkan kegawatan ekonomi yang berlaku segalanya tidak menentu.

Harga barang naik mencanak, rakyat terus ditindas. Ini menyebabkan keperluan asas mereka kurang dan terdesak memerlukan wang dengan apa cara sekalipun. Maka, Dollar menjadi mangsanya.

Kenapa Dollar?

Bagi mereka mata wang Dollar nilai paling tinggi di dunia. Mereka akan meminta anda Dollar meski di tangan kita memiliki mata wang mereka. Beri Pound Egypt sahaja bukan Dollar.

Foto: Market Watch

#5 Teksi

Akhir sekali, pengangkutan merupakan elemen penting untuk ke sana ke mari. Kita ada teksi, bas, bas mini, coaster dan keretapi. Harga boleh tahan murah.

Fokus kita sekarang di sini adalah teksi.

Di Mesir, wujud jumlah bilangan yang agak banyak ‘teksi palsu’ yang berkeliaran terutama di ibu kota, Kaherah. Kita sangka itu teksi tetapi hakikatnya bukan.

Jadi bagaimana kita ingin tahu mana yang palsu?

Mudah sahaja. Lihat pada warna plat kereta. Warna biru adalah palsu manakala oren adalah yang berlesen.

Dan berjaga-jaga teksi yang tidak punya meter. Minta pemandu sebut harga terlebih dahulu sebelum menaiki. Kalau tidak memang mereka akan markup harga kaw-kaw punya!

Foto: Travel Reportage

Begitulah serba sedikit info yang penulis boleh kongsikan berdasarkan pengalaman peribadi dan bacaan artikel di Cairo Scene Semoga bermanfaat buat semua. Kongsikan pendapat anda juga bersama penulis ya!

Follow terus kami di kolum ini untuk mengikuti perkongsian fakta-fakta menarik tempat pelancongan.

Baca juga5 Fakta Pelik Tapi Benar Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Masyarakat Mesir Purba