5 Fakta Pelik Tapi Benar Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Masyarakat Mesir Purba

Terasa aneh bagi kita tapi normal bagi mereka.

1,137 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

Tamadun Mesir Purba merupakan antara tamadun terbesar yang wujud sebelum ini. Terletak di Afrika Utara. Tamadun Mesir Purba berjaya memanfaatkan sepenuhnya kewujudan Sungai Nil sehingga kegiatan pertanian rancak. Kaya dengan kepelbagaian seni dan budaya.

Di sebalik kekayaan dan kemegahan tamadun tersebut, terselit beberapa perkara aneh tapi benar. Wajib bagi yang ingin travel ke Mesir. Ingin tahu? Ayuh teruskan membaca:

#1  Beriman Dengan 2000 Dewa.

Perlu diketahui masyarakat Tamadun Purba Mesir dahulu kala ‘beriman’ kepada dewa-dewa sebelum mengenal ‘Tuhan Hakiki’ selepas kedatangan Islam. Banyak tak banyak dewa yang mereka percaya ini sehingga berjumlah 2000 DEWA keseluruhannya!

Direkodkan dewa-dewa ini juga memiliki nama, jantina (lelaki, perempuan bahkan memiliki kedua-dua jantina. Ajaib bukan?) dan tugas masing-masing. Antara nama dewa yang direkodkan ialah Aker, Osiris, Anubis, Isis, Ra dan Horus.

Ancient Egypt

Foto: Vanity Fair

#2  Hiroglif Punya 7000 Abjad.

Hiroglif merupakan tulisan yang digunakan oleh masyarakat mereka. Tulisannya berbentuk gambar-gambar yang diukir pada sesuatu benda. Kita sahaja yang menggunakan tulisan jawi atau rumi masih ramai yang terkial-kial dan buta huruf (walhal hanya sekitar 26 huruf), apatah lagi hiroglif yang memiliki 7000 ABJAD!

Hiroglif dikatakan berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud tulisan suci. Kerana itu tidak ramai yang mempelajari keseluruhannya melainkan orang mulia seperti Firaun, kaum kerabatnya, pegawai berpangkat dan para agamawan. Tidak hairanlah rakyat sering ditipu pemerintah hanya kerana tidak tahu menulis dan membaca!

Hieroglyphics

Foto: Worldatlas

#3  Piramid Sebagai Kubur Firaun.

Entah kenapa setiap kali sebut Mesir pasti yang terbayang adalah piramid. Adakah filem Transformer berjaya mempromosi dan mempengaruhi anda? Sedang di Sudan juga ada malah lebih banyak berbanding di Mesir.

Apa-apa pun di sini piramid yang masyhur adalah Piramid Menkaure, Piramid Khafre dan Piramid Khufu. Sudah tentu piramid ini dibina bukan bertujuan sebagai tarikan pelancong (tidak seperti kita hari ini jakun melihat). Jangan kata anda tidak tahu piramid sebenarnya adalah KUBUR PARA FIRAUN dan kerabat-kerabatnya?!

Di Mesir kira-terdapat sekitar 130 piramid. Paling terkenal piramid di Giza. Dinobatkan juga antara Tujuh Keajaiban Dunia. Bayangkan berapa ribu rakyat dikerahkan semata-mata untuk membina kubur mereka? Ada riwayat juga kata piramid dibina supaya Firaun mencapai Tuhan di langit. Betulkah?

Pyramids

Foto: Wikipedia

#4  Panjang Balutan Mumia Mencecah 1.6 kilometer.

Seperti semua maklum juga Mesir terkenal dengan mumia. Mayat diawet supaya kekal ‘fresh’ selalu. Mereka juga percaya tentang hari kehidupan selepas kematian. Segala harta karun ditanam bersama sebagai  aset simpanan untuk kegunaan kehidupan mereka seterusnya.

Bukan sekadar mayat manusia sahaja diawet malah jutaan haiwan juga terlibat sama terutamanya kucing. Kenapa kucing? Anda kena baca artikel ini sehingga selesai. Ajaibnya mumia-mumia ini dibalut kain kafan panjangnya sehingga mencecah 1.6 KILOMETER. Wow!

Mummy

Foto: Discover Magazine

#5  Kucing Adalah Haiwan Suci.

Jeng jeng jeng. Jadi kenapa kucing adalah sebab kucing-kucing bagi maysrakat Mesir ketika itu menganggap kucing adalah ‘HAIWAN SUCI’ seperti orang Hindu menganggap lembu sebagai ‘haiwan suci’. Dewa-dewa mereka seperti Mafdet, Bastet dan Sekhmet memiliki wajah kucing.

Kucing diangkat kerana dipercayai berjaya menyembuhkan racun ular dan melindungi Firaun pada Dinasti Pertama Mesir. Ironinya penulis melihat masyarakat Mesir moden kini lebih gemar membela dan memelihara anjing. Sungguh pelik!

Cats

Foto: The Vintage News

Follow terus kami di kolum ini untuk mengikuti perkongsian fakta-fakta menarik tempat pelancongan.

Baca JugaPatung Paling Sedih Di Dunia

10 points
Upvote Downvote