15 Tempat Menarik Di Sabah

1,665 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Siapa yang bercadang untuk ke Sabah, specifically Kota Kinabalu dan Kundasang, korang wajib pergi tempat-tempat ni.

Artikel ditulis oleh Fatin Sihan

Instagram : http://Instagram.com/fatinsihan/

Facebook : http://Facebook.com/fatinsihan/

#1 Jambatan Gantung Tamparuli

Expectation : Sebab kan aku buat research dan ramai datang sini, so aku ingat tempat dia menarik sangat lah, hahahaha.

Reality : Takda apa yang menarik melainkan jambatan gantung. Kat bawah jambatan tu ada sungai dan jalan raya.

 

#2 National Kinabalu Park

Harga : RM3

Ada 2 cara untuk korang nikmati udara nyaman dan segar sambil tenangkan fikiran bila sampai sini:

1– Jalan kaki untuk yang suka hiking atau bersenam.

2- Naik keret untuk yang malas berjalan tapi nak hirup udara segar jk.

#3 Kundasang Mount Valley Recreation

Ni salah satu tempat yang sediakan aktiviti menarik jugak. Salah satunya adalah Flying Fox! Harga dia RM27. Kat situ bukan ada ni je, ada lagi beberapa aktiviti lain macam rumah 4 musim, memanah dan etc.

#4 Sosodikon Hill

Harga : RM3

Tempat yang sangat cantik! Kalau korang dapat sampai atas, fuhh memang worth the view. Alaaa, tak tinggi atau jauh sangat pun nak berjalan sebab dia bukit and tak curam sangat. You guys should put it in your list!

#5 Desa Cattle Dairy Farm

Harga : RM5

Temat wajib datang kalau pergi Kundasang! Nak masuk sini kena lalu macam guard house dia dulu untuk entrance fees. Kat sini ada jual susu fresh, yougurt dan aiskrim. Oh ya! Korang boleh jugak perah susu dan bagi makan lembu sini tapi ada timing.

#6 Mesilau Cat Village

Untuk pencinta kucing, korang disarankan datang sini. Tengok dari luar FOC, kalau masuk dalam harga dalam RM5 macam tu. Dorang ambil kucing jalanan yang tak bertuan atau ada yang hantar ke dorang untuk dijaga.

#7 Poring Hotsring

Harga : RM3 dan untuk Canopy Walk Poring RM5

Kitorang tak masuk dalam pun sebab taknak mandi, cuaca panas time tu haha. Canopy walk tu dalam Hotspring tu tau. I suggest you guys berkelah kat sini lagi best! Hehe.

#8 Spa Ikan Tagal Luanti

Harga : RM5

Expectation : Alaa, anak ikan je ni, macam kena gigit semut! Lol.

Reality : Ikan besar weh tak tipu! Atuk ikan ada besar gedabak.

Oh ya! Kalau masuk sini bawa kamera kena bayar per group RM3. Gopro ke DSLR ke kena bayar. Kameera fon je takyah.

#9 Ladang Teh Sabah

Exppectation : Mesti cantik macam ladang teh kat Cameron. Nak makan scones dia!

Reality : Ladang teh dia kurang subur mungkin sebab cuaca agak panas time tu. Scones dia 3/5 bintang.

#10 Polumpung Melangkap, Kota Belud

Harga : RM3 (tidak bermalam)

Kalau korang jenis yang suka camping, you guys should stay at least 1 night kat sini. Seriously best! The view so worth it. Kalau siang boleh layan tengok gunung dan mandi sungai, kalau malam boleh star gazing dan bbq.

14 points
Upvote Downvote