12 Tip Penting Buat Yang Ingin Mengembara Ke Baku, Azerbaijan

682 Views in
Content AuthorCommunity ModeratorVerified UserYears Of MembershipStory MakerList MakerUp/Down VoterGallery Maker

Sedikit fakta praktikal bagi sesiapa yang ingin mengembara ke Baku,Azerbaijan.

#1

Azerbaijan merupakan sebuah bekas negara Soviet di Kaukasus yang mempunyai sebahagian Laut Caspian. Manakala Baku merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Kaukasus dengan populasi lebih kurang 3 juta orang.

#2

Sumber pendapatan utama negara mereka ialah minyak. Jadi semua bendaberkaitan dengan minyak sangatlah murah.

Contohnya, pengangkutan awam bas dan metro hanyalah 20 Qepic (48 sen) untuksetiap perjalanan. Saya kira antara yang termurah di dunia.

#3

Pengangkutan awam juga menyeluruh sampai ke pinggir dan luar bandar denganharga yang sama, 20 capix. Untuk ke tempat menarik di luar bandar seperti FlameMountain dan Ateshgah juga boleh dicapai dengan bas.

Contohnya, untuk ke Flame Mountain, hanya perlu ambil bas nombor 217 dariStesen Koroglu dengan bayaran 20 Qepic untuk perjalanan sejauh lebih 15km.

#4

Bahasa pertama mereka ialah Bahasa Azerbaijan. Manakala Bahasa Russiamerupakan bahasa kedua sebelum ini (kesan daripada Soviet). Namun sekarangsedikit demi sedikit, bahasa Inggeris mengambil alih tempat Bahasa Russia.

Mereka sudah mula belajar Bahasa Inggeris di sekolah. Namun begitu, masihagak sukar untuk menemui mereka yang mampu berbahasa Inggeris.

#5

Bahan mentah di sini sangatlah murah. Jadi harga makanan juga murah, kecuali di pusat bandar. Anda boleh dapati sebahagian kedai menjual kebab atau doner dengan hanya 1 Manat (RM2.50). Air mineral dan berkarbonat di kedai runcit biasa juga murah. Contohnya 500ml pepsi hanya 50 Qepic (RM 1.25).

#6

Disebabkan Azerbaijan masih baru membuka negara mereka untuk kedatanganpelancong luar, harga hotel atau hostel di sini masih mahal. Harga hotel atauhostel yang kebanyanyakannya ada di website agak mahal. Jadi salah satu optionialah untuk mencari sendiri atau bertanyakan orang Azerbaijan sendiri.

Contohnya guesthouse tempat kami bermalam merupakan cadangan kawanAzerbaijan kami sendiri. Setibanya kami di Bandar Baku, dia sendiri datangtunjuk lokasi guesthouse, dan kami hanya perlu membayar 10 Manat (RM25) semalamtermasuk sekali sarapan ringan.

#7

Visa On Arrival untuk masuk ke Azerbaijan bagi pemegang passport Malaysia berharga 20 USD. Visa hanya boleh didapati di lapangan terbang utama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Baku.

#8

Azerbaijan Airlines merupakan syarikat penerbangan nasional mereka danmenjadi pilihan terbaik untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Baku.

Antara destinasi termurah yang menghubungkan lapangan terbang Baku denganmenggunakan syarikat penerbangan tersebut ialah Moscow, Tehran, Istanbul,Tbilisi dan Kiev.

#9

Disebabkan hubungan yang tegang antara Azerbaijan dan Armenia, elakkan untukbercakap apa-apa mengenai Armenia. Jika anda mahu mengembara ke dua-dua buahnegara pula, sebaiknya anda masuk ke Azerbaijan terdahulu.

Sekiranya anda ada cop masuk ke wilayah bergolak Nagorno-Karabakh (wilayahyang diiktiraf sebahagian daripada Azerbaijan, tetapi mempunyai pentadbiransendiri dengan majoriti bangsa Armenia), anda tidak dibenarkan sama sekaliuntuk masuk ke Azerbaijan selepas itu secara kekal.

#10

Tiket masuk ke tempat pelancongan juga sangat murah. Malah mereka mempunyaiharga khas sekiranya anda menunjukkan kad pelajar.

Sebagai contoh, tiket masuk ke Temple hanya 2 Manat (RM5) untuk dewasa dan 1Manat (RM2.50) untuk pelajar. Manakala tiket masuk ke Istana Shirvanshah pulahanya 4 Manat (RM10) untuk dewasa dan 0.60 Manat (RM1.50) untuk pelajar.