in , ,

11 Fakta Menarik Berkaitan Rakyat Netherlands Yang Belum Pernah Kita Dengar

Story Maker

Kali ini aku lebih nak berkongsi berkaitan Netherlands memandangkan itulah negara yang paling lama aku menetap sepanjang backpacking ke Eropah.

Netherlands = Holland = Belanda

Perkongsian ini aku tulis berasaskan daripada apa yang aku amati serta alami dan ia juga berdasarkan perbualan bersama penduduk negara ini sendiri

Jom sama-sama kita mula terbang ke Netherlands, pastikan tali pinggang keselamatan dipasang rapi:

1. DAPUR MEREKA KERING

Dapur mereka kering, sama-sama tidak seperti dapur rumah kita. Rata-rata mereka menjadikan sandwich sebagai menu sarapan kerana mudah dan persediaannya yang cukup kemas. Hal ini jauh sekali dengan kita di malaysia yang tidak pernah lari dari bau tumis dalam setiap masakan.

Mereka di negara ini lebih gemarkan makanan yang tidak berminyak bahkan dengan cara steam dan lain-lain yang lebih sihat.Ssedangkan menjaga pemakanan merupakan sunnah yang perlu kita amalkan, namun mereka yang tidak beriman pun amalkan.

2. GEMAR BERBASIKAL

Ramai tidak mampu membeli kereta atau motor? Tidak sama sekali, mereka kaya-raya. Rata-rata ada sahaja di rumah mereka bahkan mereka lebih gemarkan berbasikal kerana bagi mereka itu sihat. Aku sendiri menyaksikan pelbagai peringkat umur menggunakan basikal dari kanak-kanak hinggalah warga emas.

Jadi tidak hairanlah setiap laluan jalan pasti akan ada laluan khas untuk basikal hatta lampu isyarat untuk basikal juga wujud di sana serta pejalan kaki sama sekali tidak dibenarkan berjalan di atas laluan basikal.

3. PENGANGKUTAN AWAM EFISIEN 

Awalnya aku hairan kerana seorang kenalan yang aku dapat dari sana tidak mempunyai kenderaan. namun setelah bersembang panjang, barulah aku tahu bahawa bagi mereka, tidak perlu membuang duit untuk membeli kenderaan sedangkan pengangkutan awam mereka sangat efisien. Bahkan ada yang akan berbasikal dari rumah hingga ke stesen tram dan menggunakan tram untuk tiba ke pejabat setiap hari.

4. RAKYAT SUKA BAYAR CUKAI 

Sungguh hairan, siapa saja yang suka bayar cukai? Meskipun cukai mereka terlalu tinggi, namun rakyat mereka suka untuk membayarnya bahkan bahagia.

Kenapa?

Kerana mereka peroleh semula cukai mereka dalam pelbagai cara yang kerajaan berikan kepada mereka. antara yang aku ingat, anak mereka akan disekolahkan secara percuma (bergantung pada had umur) dan lain-lain.

5. ORANG ASING BOLEH TEBUS SEMULA CUKAI 

Inilah kesilapan besar kami ketika di sana, kami mendapat info ini setelah tiba di Mesir (tempat pengajian) jadinya nasi sudah menjadi bubur. Sebelum terbang keluar dari eropah, kita dapat tebus semula cukai kita yang ada pada bayaran hotel dan beberapa yang lain (sila buat rujukan)

Ini kerana bagi mereka, tidak adil kerana kita bukan rakyat mereka dan kepada pula kita yang tidak peroleh manfaat daripada cukai tersebut perlu menanggung cukai di negara itu, melainkan kita menetap di sana. Jika kita?

6. MARAH ANAK LALU DEPAN ORANG BERGAMBAR

Pernah sekali bilamana aku bergambar yang mana dirakam oleh rakan aku sendiri di sebatang jalan yang mana dipenuhi manusia yang lalu lalang, namun ketika sedikit lengang kami segera bergambar.bilamana seorang kanak-kanak melintasi antara kami, secara tak langsung ibu bapanya menarik semula anaknya supaya tidak melintasi antara kami sambil memarahi anaknya. Terpaku aku melihat situasi itu, betapa pentingnya didikan adab sejak kecil lagi bagi mereka.

7. BANYAK PENJARA DITUTUP KERANA KADAR JENAYAH BERKURANG

Rata-rata penjara di Netherlands ditutup gara-gara kadar jenayah berkurangan. Hatta kebanyakan penjara yang ada bukan dipenuhi oleh rakyat Netherlands bahkan rakyat dari negara lain yang hanya ditumpangkan di penjara negara itu.penjara-penjara yang ditutup itu telah dijadikan rumah perlindungan  bagi pelarian-pelarian negara lain dan penjara itu sedikit pun tidak berupa rumah perlindungan malah dimewahkan sehingga pelarian menjadi selesa.

8. PRIHATIN DENGAN ORANG LUAR

Setiap seorang yang bilamana kami bertanyakan arah dan panduan, mereka tidak hanya berkata sepatah malah bukan hanya saja menjawab soalan kami bahkan memberi pelbagai cadangan kepada kami meskipun ada antara mereka yang tidak fasih berbahasa inggeris namun kami menyaksikan kesungguhan mereka untuk membantu kami.

9. TIDAK MEMANDANG RENDAH

Sewaktu kami menjelajah bumi Eropah, itu bukanlah sebuah percutian yang mewah seperti mana yang kalian bayangkan kerana kami hanya backpacker yang berjimat sehabisnya dalam setiap perkara.

Namun bilamana kami membeli barang yang berharga murah dan terpamer yang mana kami bukanlah dari golongan kaya mahupun mewah, mereka sama sekali tidak memandang rendah kepada kami malah melayan kami samarata dengan rakyat mereka yang kaya kerana mereka sangat sukakan ‘kesamarataan’sifat ‘kesamarataan’ itu sehingga membuatkan mereka tidak dibenarkan menaik taraf rupa luar bangunan rumah mereka dan hanya dibenarkan di bahagian dalam sahaja.

10. BELAJAR ADAB SEBELUM ILMU

Seorang murid kepada Imam Malik menuntut daripada Imam MaIik selama 20 tahun (18 tahun mempelajari adab / 2 tahun mempelajari ilmu) dan konsep seperti itulah yang mereka amalkan sehingga bilamana rakyat mereka berumur belasan tahun barulah mereka mula mempelajari ilmu yang mana sebelum itu mereka sibuk dengan mempelajari adab, cara berdikari dan lain-lain. Jadi tidak hairanlah sekiranya rata-rata masyarakat mereka tidak fasih berbahasa inggeris kerana hanya dengan bahasa belanda mereka sahaja.

11. MENJAGA HAK JIRAN

Makcik kami yang tinggal di sana kongsikan kisah ini bersama kami. Ketika mana dia mula berpindah ke sana, jirannya non-muslim menyambut mesra. Bukan setakat itu, dia bersungguh-sungguh membantu dengan bertanyakan apa yang perlu dibantu dan sedia menghulurkan sebarang bantuan.siap dihulurkan password wifi kepada keluar makcik, katanya “kamu mesti perlukan wifi sebab kamu baru sampai sini, tiada data internet”. Hampir menangis aku mendengar kerana dia non-muslim, sedang kita bagaimana?

Kisah kedua yang ingin aku bawakan adalah berkaitan kehilangan sampan. Ia bermula bilamana makcik kami menyedari tentang kehilangan sampannya yang diikat di halaman rumahnya memandangkan rumahnya bersebelahan tasik kecil. Namun setelah itu, makcik menyedari bahawa sampannya telah dibawa arus dan terdampar di tepi tasik.

Ketika makcik meminta bantuan seorang kanak-kanak untuk mengambilkan sampan tersebut, kanak-kanak itu tidak ubah gayanya seperti seorang detektif kerana begitu banyak sekali soalan yang ditanyakan kepada makcik bagi membuktikan bahawa sampan tersebut benar-benar milik makcik. Ini menunjukkan bahawa sikap jujur dan amanah yang dipamerkan seorang anak kecil berkelahiran bumi belanda itu wajar sekali diteladani oleh kita.

*****

Semoga perkongsian memberi manfaat kepada kita semua seterusnya dijadikan pedoman hidup agar kita lebih ‘islam’ daripada mereka.

– hajidibnazhar –