10 Tempat Terbaik untuk Pengembaraan di China

241 Views in
Content AuthorCommunity ModeratorVerified UserYears Of MembershipStory MakerList MakerUp/Down VoterGallery Maker

China, pintu masuk ke Asia Timur merupakan sebuah negara yang menarik. Sebuah negara dengan sejarah tamadun kuno yang memberikan dunia serbuk mesiu dan mi. Pelancong yang membuat perjalanan pertama mereka ke China biasanya berkunjung di bandar-bandar besar. Manakala pengunjung yang lebih berpengalaman akan menuju ke arah lain, di mana perjalanan mungkin lebih mencabar kerana halangan bahasa Tetapi yang pasti ia dapat dilakukan oleh pengembara yang bebas. Berikut merupakan gambaran keseluruhan tempat terbaik untuk di lawati di China:

Sumber

#1 Beijing

Beijing merupakan ibu kota hari ini dan masih menjadi salah satu tempat paling popular untuk dikunjungi di China. Sejarahnya bermula lebih dari 3,000 tahun dan kebanyakan arca sejarah masih wujud i sekitarnya. Beijing secara literal bermaksud Ibu kota utara, peranan yang telah dimainkan berkali-kali dalam sejarah panjang China. Bandar ini terdapatnya Dataran Tiananmen, Kota Larangan (Forbidden City), Muzium Negara China, serta Summer Palace. Selain itu, lawatan ke taman-taman Cina, yang masih menyimpan seni bina kuno dan budaya Cina dari pelbagai tempoh dalam sejarah panjang negara itu akan melengkapkan lagi pengembaraan.

#2 Hong Kong

Terletak di pesisir tenggara China, Hong Kong merupakan pusat komersil bertaraf dunia yang signifikan di mana budaya Cina, pengaruh kolonial British dan teknologi tinggi zaman moden bergabung sama. Walaupun di sini penuh dengan bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi beserta kepadatan populasi antara yang tertinggi, Hong Kong juga masih menawarkan kawasan-kawasan hijau, pemandangan gunung dan pantai. Beberapa tarikan yang mesti dilawat termasuklah Pelabuhan Victoria yang terkenal. Lokasi ini menawarkan pemandangan yang mempersonakan pada waktu malam di mana bangunan pencakar langit terpacak megah. Tidak lupa The Peak, titik tertinggi di Hong Kong yang menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan.

#3 Tembok Besar China

Tembok Besar China merupakan kumpulan dinding yang lebih kecil dibina oleh pelbagai dinasti selama bertahun-tahun. Pembina mendirikan tembok-tembok ini sebagai perlindungan daripada serangan orang-orang dari utara. Tembok Besar itu sendiri, dengan sejarah yang berlangsung lebih dari 2000 tahun, berukuran kira-kira 8,800 km (5,500 batu) panjang dengan sebahaginnya sudah terjejas atau  musnah sama sekali. Ia adalah struktur buatan manusia yang terpanjang di dunia. Terdapat beberapa bahagian Tembok Besar China yang menarik pelancong. Badaling ialah bahagian tembok yang paling. Ia tidak jauh dari Beijing dan mudah diakses dan mendaki.

#4 Shanghai

Terletak di Laut China Timur dan mulut Sungai Yangtze, Shanghai ialah bandar terbesar dan termaju di China. Langitnya penuh dengan bangunan pencakar langit. Bandar penuh dengan pusat membeli-belah yang menyerlah, hotel-hotel mewah dan pusat seni berpresti. Malam-malam di bandar Shanghai dihiasi neon terang, jalan yang sibuk dan banyaknya perniagaan. Tempat yang paling popular untuk berjalan-jalan ialah Bund, tebing sungai kolonial Shanghai di sepanjang Sungai Huangpu. Walaupun pembangunan telah banyak mengubah panorama Bund, namun beberapa seni bina penting di sekitar masih kekal.

#5 Xi’an

Xi'an pernah menjadi titik mula jalan Sutera yang tidak boleh diketepikan bagi membuat perdagangan antara banyak negara di Eurasia. Ia juga merupakan pusat keistanaan untuk tidak kurang daripada sebelas dinasti, sebelum penyatuan China antara tahun 1000 Sebelum Masihi hingga 1000 Masihi. Menjadikannya salah satu daripada Empat ibukota utama Cina Purba. Tempat tarikan yang paling terkenal ialah Tentera Terracotta yang baru-baru ini ditemui, pelindung kepada makam maharaja pertama China. Xi'an juga mempunyai dinding bandar abad ke-14 yang lebih daripada 12 km (8 batu). Ia bukan sekadar arca sejarah, tetapi sebahagian perjalanan di Xi'an memang perlu melalui bawah atau tepinya.

#6 Lhasa

Lhasa merupakan salah satu kota terpenting di Tibet juga salah satu kota yang tertinggi di dunia pada ketinggian 3,500 meter (11,500 kaki) dari aras laut. Walaupun mereka diserap menjadi sebahagian dari Greater China,Lhasa tetap mengekalkan banyak budayanya. Ia merupakan tempat terletaknya Istana Potala, bekas rumah Dalai Lama. Istana ini dibina di Red Hill lebih dari 360 tahun yang lalu. Ia terdiri daripada dua bahagian, Istana Putih, di mana Dalai Lama tinggal, dan Istana Merah, di mana pengajian keagamaan berlangsung. Istana lain di Lhasa ialah Norbulingka, dibina pada tahun 1755. Ia merupakan istana musim panas Dalai Lama sebelum dia dibuang.

#7 Yangshuo

Yangshuo pernah menjadi magnet untuk backpacker kerana perbelanjaan murah dan suasana santai. Hari ini bukan sekadar backpacker, malah ia berjaya menarik pelbagai pelancong untuk menikmati pemandangan indahnya dengan gunung karst. Yangshuo juga perhentian yang sesuai sebelum mengambil perjalanan sehari ke Guilin untuk perjalanan yang santai di Sungai Li. Ramai pelancong memilih untuk menyewa basikal bagi perjalanan pulang, kerana laluannya agak rata dan memberi mereka kesempatan untuk melihat para petani bekerja keras dalam ladang mereka.

#8 Hangzhou

Terkenal dengan pemandangan semulajadinya, Hangzhou dengan Tasik Baratnya telah diabadikan oleh penyair dan artis yang banyak. Pada abad ke-13, Marco Polo menggambarkan bandar ini sebagai yang paling indah dan megah di dunia. Pemandangan di Hangzhou yang paling terkenal di Tasik Barat, merupakan sebuah tasik yang besar dipisahkan oleh jalan raya dan dipenuhi dengan bangunan kuno serta taman yang direka untuk bersantai. Pengunjung akan menemui pagoda, kuil, dan ladang teh di sepanjang pantai.

#9 Jiuzhaigou

Lembah Jiuzhaigou umpama mitos dengan air terjun yang banyak, gunung karst yang dilitupi salji, dan 108 buah tasik berwarna biru, turkois serta hijau. Air yang jernih membolehkan bahagian bawah kelihatan. Ia juga merupakan habitat bagi panda gergasi, walaupun peluang melihatnya sangat tipis kerana saiz taman dan jumlah pelancong.

#10 Kunming

Kunming merupakan pusat ekonomi, pengangkutan, perindustrian dan kebudayaan di barat daya China. Ia dihubungkan dengan kereta api dari semua bandar utama di China serta Vietnam. Iklim yang sederhana menjadikannya tempat yang baik untuk dikunjungi bila-bila masa sepanjang tahun. Disebabkan Iklim yang sesuai, bunga mekar menjadi  industri utama dan pelancong boleh melawat pameran bunga serta taman botani yang besar. Di samping daya tariknya sendiri, Kunming berfungsi sebagai tempat untuk menyaksikan kepelbagaian etnik minoriti di China.

15 points
Upvote Downvote