10 Makanan/Minuman Yang Patut Anda Cuba Di Cambodia

723 Views in
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Jika anda ke Cambodia, kami senaraikan makanan dan minuman yang patut anda cuba di sana! Jangan lepaskan peluang kita di sana kerana orang cakap untuk mendalami sesuatu budaya di tempat baru yang kita pergi, cara terbaik adalah melalui makanan mereka.

#1 Lemang Kacang Merah

Dijumpai di tepi-tepi jalan sepanjang laluan keluar dari Angkor Temples. Kami beri nama lemang sebab isi kandungannya seperti lemang dan terdapat kacang merah sebagai perasa tambahan. Beza dengan Malaysia, ianya tidak disalut dengan daun pisang di dalam. Malah ianya dimakan begitu sahaja tanpa kuah.

3 points
Upvote Downvote

#2 Kerang Jemur

Ini adalah makanan yang paling aneh dan tidak boleh diterima lidah Melayu kami. Kerana makanan ini kelihatan dijual di sepanjang jalan, lalu kami mengambil keputusan untuk mencubanya. Kerang ini dijemur dan digaul bersama cili dan garam. Mungkin cara makan kami salah, atau ianya bukan untuk dimakan pun? Mindblown! Yang pasti kami tidak akan mencubanya lagi.

3 points
Upvote Downvote

#3 Kitchai/Kuchai

Rasa seperti cucur udang tetapi sepenuhnya vegetarian. Berita baik untuk mereka yang teringin cucur udang tapi allergik udang! Diperbuat daripada tepung yang digaul dengan sejenis sayur hijau mirip sayur kuchai. Dihidangkan pula dengan sos cili buatan sendiri, pergh memang lagi power daripada cucur udang.

2 points
Upvote Downvote

#4 Serangga Goreng

Pelik? Ngeri? Takut? Jangan risau sebab rasanya tidaklah seteruk seperti yang dibayangkan. Untuk belalang dan cengkerik, teksturnya seperti keropok ikan dan rasanya pun begitu cuma lebih sedap haha. Sebatang lidi biasanya dicucuk dengan 3-5 ekor serangga. Harganya sekitar $1 ke $3. Sebenarnya katak, ular dan kala jengkinng pun ada dijual tetapi tidak pula kami mencubanya. Mungkin anda lebih berani?

2 points
Upvote Downvote

#5 Shakes Buah-Buahan Segar

Pub Street, Siem Reap dipenuhi denngan kedai kecil yang menjual shake buah-buahan segar dengan harga hanya $1 setiap satu. Malah anda boleh campur pelbagai buah dalam satu cawan, harganya masih tetap $1. Kalau tidak silap cuma shake buah durian yang harganya berbeza iaitu $2 mungkin kerana harga buahnya yang mahal. Shake nangka adalah saya punya personal favourite!

2 points
Upvote Downvote

#6 Pisang Bakar

Pisang ini dibakar dengan arang dan tidak diletakkan sebarang perisa tambahan. Sebelum dihidangkan pisang tersebut dikemekkan. Di Indonesia juga banyak dijual begini. Kalau di Malaysia pisang goreng lebih popular, tapi di sini pisang bakar menjadi pilihan.

2 points
Upvote Downvote

#7 Waffle Kelapa

Dibakar dengan arang, dan dengan hanya $1 anda boleh dapat 4 keping waffle kelapa enak ini. Konsep yang jarang ditemui di Malaysia, malah ini yang pertama dijumpai saya. Waffle ini mengandungi kepingan-kepingan kelapa parut yang memberi rasa manis kepada waffle tersebut.

2 points
Upvote Downvote

#8 Snake wine

Untuk non-muslim. Arak jenis ini sangat popular di sini. Mengandungi pelbagai jenis binatang berbisa di dalam botol tersebut. Katanya, kandungan alcohol di dalam botol tersebut meneutralkan bisa binatang-binatang dan menambahkan lagi efek khayal pada peminum. Antara binatang berbisa yang digunakan ialah ular dan kala jengking.

2 points
Upvote Downvote

#9 Happy Pizza

Di Siem Reap terdapat beberapa kedai pizza yang menawarkan Happy Pizza sebagai salah satu menu utama. Menurut beberapa pandangan daripada orang yang berbeza, pizza ini mengandungi sedikit kuantiti marijuana. Terkejut? Kami pun. Tetapi ada juga restoran pizza yang mennghidangkan happy pizza tanpa marijuana. Kesimpulannya kena pandai cari restoran pizza yang betul-betul menawarkan “the real happy pizza”. Tips : ask locals.

1 point
Upvote Downvote

#10 Copi Atau Kola?

Minuman unik gabungan antara unsur asli dan moden. Kopi dicampur dengan coke dengan nisbah 1:1. Kata mereka, minuman ini antara minuman kegemaran rakyat tempatan.

0 points
Upvote Downvote

32 points
Upvote Downvote