10 Frasa Bahasa Lao Yang Wajib Anda Ketahui Sebelum Ke Laos

Mari Belajar Bahasa Lao

296 Views in ,
Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

Laos adalah negara unik di Asia Tenggara bersempadankan dengan 4 negara lain iaitu China, Myanmar, Vietnam, Cambodia dan Thailand. Laos sekarang menjadi antara destinasi kegemaran para backpackers setanding dengan Thailand dan Vietnam di Asia. Bahasa kebangsaan atau rasmi di Laos adalah Lao. Lenggok gaya bahasa dan tulisan kedengaran dan kelihatan seakan-akan bahasa Thai. Untuk memudahkan percakapan seharian anda dengan rakyat Laos, di sini kami sertakan 10 frasa bahasa Lao yang kerap digunakan dalam kehidupan seharian sebagai seorang backpacker di Laos.

1- Hello

Sapaan hello adalah yang paling kerap digunakan walau di mana anda berada. Anda boleh menggunakan “sa bai dee” untuk menyapa sesiapa sahaja sama ada di jalanan, masuk ke restoran ataupun masuk ke mana-mana kedai.

2- Terima Kasih

Selain hello, ucapan terima kasih adalah antara paling kerap digunakan untuk menyatakan penghargaan kita pada seseorang. Perkataan yang digunakan di Laos adalah “khob jai”.

3- Tolong

Sangat berguna untuk tawar menawar dalam harga barang. Nyatakan harga yang anda mahu dan diikuti dengan “ka lu na”.

4- Berapa harga

Sebelum menawar anda perlu tahu harga yang dinyatakan para penjual. Untuk bertanya berapa harga barang yang dijual, anda boleh menggunakan “tao dai?”

5- Ucapan selamat tinggal

Ucapan selamat tinggal yang selalu digunakan adalah “Leo pop kan mai” yang bermaksud “jumpa kamu lagi”. Anda juga bole menambah “yin dee thee kai hu jak” yang bermaksud “gembira berjumpa kamu”.

6- Ya

Untuk menyatakan ya dan setuju pada sesuatu anda boleh menggunakan “jao”.

7- Tidak

Untuk menyatakan tidak pada sesuatu pula anda boleh hgunnakan “Bor”.

8- Bertanya nama

Untuk bertanya nama seseorang frasa yang digunakan adalah “Jao sue yang?” Bermaksud “siapa nama kamu?”. Untuk menjawab soalan tersebut anda boleh mulakan dengan “khoy Sue…..” yang bermaksud “nama saya…….”

9- Cantik dan hodoh

Jika anda melihat sesuatu yang cantik anda boleh cakap “ngarm”. Manakala “bor ngarm” ataupun “khee laiy” bermaksud hodoh.

10- Semoga berjaya

Sok dee” bermaksud “semoga berjaya” dan anda boleh gunakannya untuk mengucapkan selamat berjaya untuk kenalan-kenalan anda di Laos yang akan melakukan sesuatu dan memerlukan sokongan daripada anda dan kawan-kawan lain.

18 points
Upvote Downvote