Embed MakerList MakerStory MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorVideo Maker

in

10 Fakta Menarik Tentang Denmark

Denmark dikatakan sebagai negara paling gembira di dunia walaupun Denmark juga dikatakan sebagai negara didiami yang paling susah untuk orang menyimpan duit. Berikut adalah 10 fakta menarik tentang negara Denmark.

#2 Lego

Tahukah anda Lego dicipta di Denmark? Syarikat Lego dimulakan pada tahun 1932 oleh Ole Kirk Christiansen dan berpangkalan di Billund, Denmark. Legoland pertama juga adalah di Denmark dan dibuka pada tahun 1968 di Billund, Denmark.

#3 Strøget

Strøget di Copenhagen adalah laluan pejalan kaki terpanjang dan tertua di dunia. Panjangnya adalah sejauh 3.2km.

#4 Disneyland

Taman Tema Tivoli Gardens di Copenhagen telah memberi inspirasi untuk kewujudan Disneyland. Sebelum kewujudan Disneyland pertama di America, Walt Disney telah datang melawat Tivoli Gardens di Denmark yang akhirnya memberi inspirasi kepada beliau untuk pembinaan Disneyland.

#5 Korupsi

Denmark dikatakan sebagai negara yang paling kurang korupsi di dunia.

#6 Berenang

Boleh dikatakan semua warga Denmark boleh berenang. Ini adalah kerana kelas berenang dijadikan sebagai kurikulum wajib di setiap sekolah di Denmark.

#7 Laut

Denmark terbentuk dari lebih 100 gugusan pulau-pulau. Tahukah anda tiada tempat di Denmark yang jaraknya melebihi 50km dari laut?

#8 Metallica

Drummer band heavy metal Metallica yang terkenal, Lars Ulrich dilahirkan di Denmark.

#9 Dannebrog

Bendera negara Denmark yang diberi nama Dannebrog, adalah bendera tertua yang masih digunakan sejak tahun 1219. Lagenda mengatakan bendera itu jatuh dari langit ketika perang pada kurun ke 13 lalu disambut oleh Raja Denmark sebelum ianya menyentuh tanah lalu membawa kemenangan pada tentera Denmark pada ketika itu.

#10 Dyrehavsbakken

Dyrehavsbakken yang terletak di Dyrehaven, Denmark adalah taman hiburan yang tertua di dunia.