in

Tragedi Pengorbanan Muhammad Adib Suatu Renungan Bersama

Poll MakerStory Maker

source

Situasi terkini di Institut Jantung Negara, di sini Jalan Tun Razak.

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) – Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan di kuil bulan lalu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam ini.

Perkara itu disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kepada pemberita di IJN.

Beliau berkata jenazah akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di ibu negara esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kedah dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata Zuraida.— BERNAMA

Nota : Hari ini kita menyaksikan tragedi kematian, Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan di kuil bulan lalu sebagai satu renungan buat semua bangsa. 

Seorang anggota bomba yang menyelamatkan semua orang tanpa melihat bangsa.