in

TPM terharu sokongan penduduk Permatang Pauh

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

PERMATANG PAUH: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada penduduk Permatang Pauh yang turut membantu melakarkan sejarah baharu Malaysia dengan menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata Permatang Pauh merupakan satu titik permulaan sejarah negara dicipta sehingga mencapai kejayaan rakyat Malaysia menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Justeru, katanya, kini adalah masa untuk menaikkan semula nama negara di mata dunia di bawah kerajaan baharu.

“Selepas sekian lama meninggalkan Permatang Pauh, saya teruja dengan sokongan yang masih diberikan oleh penduduk di sini,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, di sini malam tadi.

Lebih 2,000 pengunjung menghadiri majlis itu Dataran Rakyat Guar Perahu dekat Penanti di sini dan antaranya Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta beberapa pemimpin kerajaan negeri.

Terdahulu, Anwar, yang turut berucap, berkata beliau tidak berhasrat bertanding semula sekarang, sebaliknya akan hadiri program-program penerangan mengenai rancangan kerajaan PH membina semula negara.

Ketua Umum PKR itu berkata beliau akan bertolak ke Turki esok untuk menghadiri program bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan.

“Saya baru balik dari London sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan semua orang nak tahu semangat perpaduan Malaysia yang berbilang kaum sehingga mampu menjatuhkan kerajaan lama dan membina kerajaan baharu,” katanya.

Katanya, beliau ada komitmen untuk berkongsi pengalaman politiknya di Malaysia dengan negara luar.

“Saya tidak fikir lagi untuk bertanding semula dan menyerah kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan masa yang sesuai,” katanya. – Bernama




  • What do you think?

    -1 points
    Upvote Downvote