in

Tak Masuk Hospital Pun Sokongan Ada – Mahathir

Beliau tidak perlu berpura-pura dimasukkan ke hospital sebagai aksi pegun di saat-saat akhir menjelang PRU ke-14

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

PRU14 | Tun Dr Mahathir berkata beliau serta Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menarik undi simpati daripada orang ramai bagi mencapai kemenangan dalam PRU ke-14 ini.

Bercakap kepada media di Dengkil hari ini bekas perdana menteri selama 22 tahun itu memberitahu timbalan perdana menteri sementara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi boleh membuat dakwaan apa yang dimahukannya.

Namun kata Dr Mahathir beliau tidak perlu berpura-pura dimasukkan ke hospital sebagai aksi pegun di saat-saat akhir menjelang PRU ke-14 pada 9 Mei ini.

“Saya boleh dapat sokongan tanpa pergi ke hospital.

“Zahid ini seseorang yang pernah datang berjumpa saya selepas dilantik sebagai timbalan untuk mendapatkan pertolongan.

“Jadi, sekarang saya dah tua dan dia tidak fikir saya boleh dapat sokongan,” katanya.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno dilantik menjalankan tugas timbalan presiden mendakwa pembangkang merancang memasukkan Dr Mahathir ke hospital sebelum hari pengundian.

Kata calon BN untuk parlimen Bagan Datuk itu langkah tersebut dirancang bagi meraih simpati daripada pengundi di Langkawi serta kawasan lain.

Menurutnya kemungkinan itu tidak mustahil memandangkan baru-baru ini Dr Mahathir mendakwa pesawat udara dinaiki disabotaj.

Sementara Dr Mahathir kelihatan bersikap defensif ketika ditanya mengenai kekecohan berlaku di antara penyokong BN dan HARAPAN di Ayer Hitam, Johor hari ini.

“Kekecohan begini berlaku di mana-mana. Sesetengah orang juga kadang-kadang ditolak-tolak.

“Namun secara keseluruhan pilihan raya kali ini tidak nampak banyak keganasan,” katanya.

Kejadian dirujuk itu melihatkan seorang lelaki warga emas yang ditolak jatuh oleh individu dipercayai penyokong HARAPAN apabila dia membuang bendera PKR dari tempat MCA berceramah.

Beberapa video insiden itu kini beredar di media sosial.

Insiden itu dileraikan oleh orang ramai yang berada di situ.

[Baca berita penuh]