in

Sukan Asia 2018: Malaysia sasar tujuh pingat emas

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

PUTRAJAYA: Sasaran tujuh pingat emas disandarkan kepada atlet negara pada temasya Sukan Asia di Indonesia tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman selepas selesai acara penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara, hari ini.

“Sasaran yang kita letakkan adalah tujuh pingat emas. Ini kerana pada temasya di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu, kita berjaya memperoleh lima pingat emas.

“Tapi dalam masa yang sama, saya juga yakin kita mampu memperoleh sehingga 11 pingat emas,” kata beliau.

Antara acara yang diyakini mampu memberi pingat emas kepada negara ialah berbasikal, taekwondo dan karate.

Seramai 426 atlet akan membawa nama negara di temasya sukan kedua terbesar selepas Sukan Olimpik itu, yang akan berlangsung di Jakarta dan Palembang bermula 18 Ogos hingga 2 September ini.