in

Suami digalakkan beri caruman kepada isteri secara sukarela – TPM

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR:

Suami digalakkan untuk memberi sumbangan kepada caruman perlindungan sosial buat isteri secara sukarela.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ini penting sebagai persediaan menempuh waktu persaraan.

“Bagi memenuhi iltizam Kerajaan kepada rakyat, skim KWSP untuk suri rumah tetap akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran Kerajaan.

“Pelaksanaan skim ini akan dilakukan secara berfasa dimana fasa pertama adalah caruman secara sukarela,” kata Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, fasa kedua dan ketiga pelaksanaan skim itu diwajibkan dijangka akan mengambil masa yang lama.

“Ini kerana fasa kedua mengambilkira perluasan kawasan liputan menerusi perlindungan sosial kepada isteri akan dibuat, melalui pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1999 (Akta 4).

“Fasa ketiga pula bakal menyaksikan caruman isi rumah ini diwajibkan apabila pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991, Akta 452 selesai,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab pertanyaan dari Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang meminta perincian kerajaan berhubung pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri atau wanita yang sebelum ini digariskan sebagai sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan (PH).