in

Stadium Nasional Bukit Jalil venue final Piala FA 2018

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menjadi venue perlawanan akhir Piala FA 2018 pada 7 Julai ini, demikian menurut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata pihaknya sedang bekerja keras dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan final Piala FA berjalan lancar.

Kali terakhir Stadium Nasional menjadi venue final Piala FA adalah pada 2015 yang menyaksikan wakil Singapura, Lions XII menundukkan Kelantan 3-1.

“Penyokong sebelum ini amat berharap perlawanan akhir kembali diadakan di Bukit Jalil dan kita mengotakan janji tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang perjanjian diikat antara PSM dan MFL

“Kita buat percubaan tahun ini dan jika berjalan lancar, kita akan lihat bagaimana untuk final Piala Malaysia nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Kevin memaklumkan Kejohanan Piala Cabaran akan diadakan pada hari berbeza dengan perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan bagi memastikan kejohanan berkenaan mendapat liputan seimbang daripada pihak media.

Untuk rekod, MFL memperkenalkan buat julung kalinya Piala Cabaran bagi memberi peluang pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia selain bertujuan memastikan kalendar bola sepak tempatan dipenuhi dengan pertandingan.

Berdasarkan format kejohanan Piala Cabaran, lapan pasukan terpilih akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Kevin hadir pada majlis perjanjian penajaan berganda di antara MFL, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan syarikat minuman probiotik tempatan, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd sempena Karnival Moh Skor Segalanya Bola anjuran Media Prima Berhad di sini.

Menerusi perjanjian tersebut, Yakult Malaysia dilantik sebagai minuman probiotik rasmi Piala Malaysia bagi musim 2018 dan 2019 serta minuman probiotik rasmi FAM dari 2018 sehingga 2020.

— BERNAMA




  • What do you think?

    2 points
    Upvote Downvote