in

Sorok pil kuda dalam bekas gula-gula berangin

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KOTA BHARU : Taktik dua lelaki menyorokkan 120 pil kuda dalam bekas gula-gula berangin dibongkar polis dalam serbuan di Kota Jembal, pagi semalam. 

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, suspek berusia 27 dan 23 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil oleh pasukan polis ketika menjalankan tugas ronda MPV.

“Rondaan pada jam 4.45 pagi itu, anggota terserempak dengan kereta jenis Perodua Kancil berwarna hijau yang dinaiki oleh dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di hadapan sebuah di Jalan Kedai Lalat.

“Anggota polis kemudian menahan kenderaan tersebut mengarahkan kedua-dua lelaki berkenaan keluar dari kereta seterusnya melakukan pemeriksaan di dalam kereta itu dengan disaksikan mereka,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan menjumpai satu bekas besi gula-gula berangin yang  berwarna ungu di bahagian ruang bawah radio motokar berkenaan .

“Pemeriksaan lanjut di dalam bekas itu didapati mengandungi 120 biji pil berwarna kemerahan yang disyaki dadah pil kuda (methamphetamine) dengan anggaran seberat 12 gram.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis sama dan ditahan reman untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 kerana memiliki dadah,” katanya.




  • What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote