in

Siapa jenama berita paling dipercayai di Malaysia?

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Kajian tahunan mengenai trend pengguna berita seluruh dunia mendedahkan Astro AWANI muncul sebagai jenama berita tempatan paling dipercayai di Malaysia.

Kajian yang dibuat Institut Kajian Berita Digital Reuters 2018 itu menunjukkan Astro AWANI menduduki tempat kedua di belakang Yahoo News dengan yang ketiga membabitkan jenama Malaysia, The Star.

Astro AWANI mencatatkan skor 6.05 di belakang Yahoo News dengan skor 6.12 diikuti The Star, 6.03 dan Malaysiakini dengan catatan 6.02.

Siapa jenama berita paling dipercayai di Malaysia?

Menurut Prof Zaharom Nain dari Pusat Pengajian Komunikasi dan Kebudayaan Universiti Nottingham Kampus Malaysia, dapatan ini membuktikan kepercayaan lebih besar terhadap media antarabangsa berbanding media tempatan.

Baginya, ini banyak berkait dengan strutur pemilikan serta kawalan media, katanya dalam laporan yang dikeluarkan pada Rabu.

Laporan Institut Kajian Berita Digital Reuters ini berdasarkan kaji selidik membabitkan 74,000 responden daripada 37 pasaran.

Tahun ini, kajian terbabit meliputi pasaran Asia membabitkan Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan juga Malaysia.