in

Selepas makan malam bersama, esok adik mati tergantung

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUCHING: Makan malam bersama adik menjadi kenangan terakhir kepada Jonem Jikat apabila adiknya Agustine Nohey Jikat, 33 tahun mati tergantung pada sebatang pokok di belakang rumah pagi tadi.

Jonem yang masih terkejut dengan kejadian itu bagaimanapun menganggap, makan malam tadi tetap menjadi kenangan akhir yang akan diingati sepanjang hayat.

“Saya menemui dia tidak lagi bernyawa pada jam 7.20 pagi dan masih tergantung pada pokok belakang rumah,” katanya.

Tanpa berlengah kata Jonem, dia terus menurunkan adiknya dan membuka ikatan wayar pada leher dan menaruh harapan masih adiknya selamat.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki berusia 33 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayatnya telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut. Mayat mangsa dijumpai abangnya dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok dengan wayar berwarna hitam,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Sabtu.

Kata Aidil, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan kali terakhir dilihat berada di rumah sebelum keluar sekitar 8.30 malam.

Malah beberapa hari sebelum kejadian mangsa dilihat sering termenung bagaimanapun punca mangsa bertindak sedemikian belum dapat dipastikan.

 

 




  • What do you think?

    -14 points
    Upvote Downvote