in

Selain Nik Omar, ada lagi cerita hangat di Kota Bharu

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

DI Kota Bharu, selain cerita anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar yang mendapat bacaan dan tontonan tertinggi di media sosial ada lagi suatu tarikan yang menjadi buah mulut netizen.

Jualan ayam di pasar dan gerai yang kian meningkat turut mendapat perhatian.

Maklum balas yang diperolehi Astro AWANI dari penjual ayam segar di Kelantan mendapati terdapat sedikit peningkatan jualan dan tempahan ayam segar.

Malaysia Memilih,PRU14
Menurut Azami Yahya, 45 tahun, seorang penjual ayam proses segar di Jalan Bayam, di sini mengakui terdapat sedikit peningkatan tempahan ayamnya.

“Ada meningkat sikit, ramai orang buka pos parti, nak bakar ayam alik (sebelah) malam, mari tempahlah” kata Azami ketika ditemui Astro AWANI, di sini hari ini.

Katanya, ayam segar yang dijual berharga antara RM5.90 hingga RM6.50 sekilogram.

Katanya, kebiasaannya ada yang memesan supaya menyimpan ayam untuk dibuat barbeku atau dibakar pada sebelah malam di pos parti.

Kebiasaan anak muda yang berjaga malam di pos parti mengambil kesempatan membakar ayam sambil berbua dan menggantung poster calon.