in ,

“Saya bukan Datuk Seri, panggil ‘saudara’ dah cukup” – Guan Eng

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan yang baharu, Lim Guan Eng, mahu hanya gelaran ‘saudara’ sahaja yang dirujuk kepada beliau dalam sebarang acara atau majlis.

Reaksi spontan itu diberikan beliau apabila ditanya oleh seorang wartawan di sidang media yang merujuk beliau sebagai ‘Datuk Seri’.

“Saya bukan Datuk Seri. Panggil saya saudara sudah cukup,” ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan pada sidang media pertama beliau sebagai Menteri Kewangan di pejabatnya di sini hari ini.

GALERI FOTO: Wajah-wajah Menteri Kewangan dari tahun 1957-2018
Ini bukan kali pertama, Guan Eng memperbetulkan rujukan wartawan terhadapnya.

Pada 12 Mei lalu ketika sidang media pengumuman tiga menteri Kabinet oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Guan Eng turut memaklumkan beliau lebih selesa menganggap dirinya sebagai seorang berbangsa Malaysia.

Guan Eng yang ketika itu menjawab soalan daripada seorang pengamal media dari negara China, menegaskan, biarpun berbangsa Cina, beliau mahu masyarakat mengenalinya sebagai orang Malaysia.