in

Saham Gamuda naik susulan laporan bida tanah Singapura

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Harga saham Gamuda Bhd di Bursa Malaysia menyaksikan aliran positif dalam dagangan pagi ini, susulan laporan bahawa kumpulan itu muncul sebagai pembida tertinggi sebanyak S$318.89 juta (RM963.05 juta) bagi sebidang tanah berkeluasan 51,411.9 meter persegi di Anchorvale Crescent, Singapura.

Pada 10.34 pagi ini, kaunter saham itu naik satu sen kepada RM3.43 dengan 436,900 saham saling berpindah tangan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Gamuda berkata tender itu disertai bersama Real Estate (7) Pte Ltd manakala tanah itu dicadangkan untuk projek pembangunan kondominium eksekutif.

Menerusi satu nota penyelidikan hari ini, Public Investment Bank Bhd berkata jika bidaan itu berjaya, ini merupakan projek kedua kumpulan tersebut di Singapura selepas GEM Residences yang terletak di Toa Payoh.

“Kami dimaklumkan bahawa GEM Residences telah dijual sepenuhnya. Usaha pembiayaan bukanlah satu masalah berikutan tunai kasar semasa Gamuda adalah sekitar RM960 juta selain pulangan tunai yang akan diterima susulan jualan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd pada harga RM1 bilion.

“Sekiranya kerjasama (di Singapura) itu melibatkan kepentingan 50 peratus, kami jangkakan kumpulan itu perlu mengeluarkan sekitar RM100 juta tunai bagi ekuiti 20 peratus manakala selebihnya dalam bentuk pembiayaan bank.

“Sementara menunggu penjelasan lebih lanjut, (unjuran) pendapatan Gamuda masih tidak berubah setakat ini,” katanya.

— BERNAMA