in

Ronaldo sangkal kritik tentang usia, yakin kemudi Portugal

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

PUTARKAN waktu ke belakang kepada lewat 2017 ketika mana cadangan bahawa Cristiano Ronaldo semakin merosot sedang berleluasa.

Ronaldo hanya meraih empat gol dalam LaLiga menuju ke tahun ini sambil Barcelona meluru untuk merangkul kejuaraan walaupun bintang Portugal itu menyumbat sembilan gol dalam Liga Juara-Juara.

Kritikan yang mencadangkan Ronaldo sudah menghampiri penghujungnya tidak disenangi pemain berusia 33 tahun itu.

“Saya tidak suka dengan apa yang orang katakan terhadap saya,” Ronaldo memberitahu L’Equipe, November lalu.

“Orang tidak tahu perbezaan di antara bermain bagus, bermain sekadar secukupnya dan tidak menjaringkan gol.

“Saya dilihat seperti mesin gol, seperti seseorang yang perlu menjaringkan gol sepanjang masa. Jika ia bukan begitu, tiada siapa yang peduli jika saya bermain dengan bagus atau tidak, saya hanya dinilai atas jaringan.

“Saya terima segala kritikan tapi saya tidak bersetuju dengannya. Sebab itulah saya mengelak membaca atau mendengar apa yang dikatakan terhadap saya. Tapi saya tiada pilihan selain menerimanya, saya tidak boleh mengawal dunia,” tambahnya.

Ronaldo menamatkan musim lalu dengan 44 gol dalam semua kejohanan sambil Real Madrid meraih kejuaraan Eropah ketiga berturut-turut dan kini dia membawa bersamanya tahap kecemerlangannya itu ke Russia.

Ronaldo memimpin Portugal untuk meraih keputusan seri 3-3 yang menakjubkan dalam perlawanan pembukaan menentang Sepanyol – ia adalah prestasi hatrik yang melampaui usianya.

“Dia semakin bagus dengan peningkatan usianya,” kata rakan sepasukan Portugal, Bernardo Silva.

Seterusnya, Ronaldo terus membaharui rekod ketika mengemudi Portugal mengatasi Maghribi dalam perlawanan kedua – satu tandukan sudah cukup untuk mengangkatnya selaku penjaring terbanyak Eropah dalam sejarah antarabangsa, mengatasi Ferenc Puskas dengan 85 gol.

“Cristiano, dia umpama wain yang semakin lama semakin berharga,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos, selepas perlawanan di Moscow itu.

“Dia tidak mahu lakukan hari ini apa yang dilakukannya empat tahun lalu. Empat tahun dari sekarang, dia tidak akan lakukan apa yang dilakukannya hari ini.”

Ronaldo akan kembali ke Sochi – venue hatriknya dalam perlawanan pembukaan – untuk pertembungan pusingan 16 dengan Uruguay, awal pagi Ahad ini.

Sambil dia bukan lagi seorang pemain sayap lincah seperti dilihat di Sporting CP, Manchester United dan hari-hari awalnya di Santiago Bernabeu, Ronaldo kini terserlah selaku salah seorang penyerang terbaik dunia.

Berawaslah Uruguay.