ROGIMOT- Strawberry Asli Kundasang

217 Views 60 Votes in
Years Of MembershipContent AuthorCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Kenali buah rogimot, strawberry asli di tanah tinggi Kundasang.

Asal sebut strawberry, pasti kita akan ingat Kundasang, atau Cameron Highland. Strawberry biasanya hidup dengan baik di kawasan tanah tinggi yang bersuhu dingin.

Sebenarnya di Kundasang, terdapat pokok beri asal yang boleh didapati hidup subur meliar sebelum datangnya strawberry, iaitu beri rogimot. Jom kenali pokok rogimot.

Buah rogimot ataupun nama saintifiknya iaitu Robus probus dan dikenali juga sebagai Bornean Red Raspberry. Istilah rogimot merupakan panggilan tempatan yang terkenal di kawasan tanah tinggi sekitar Negeri Sabah seperti Ranau, Tambunan dan Keningau.

Rasa buah manis seakan akan rasa strawberry. Bagaimanapun, buah ini masih belum dikomersialkan dengan lebih meluas.

Ciri ciri pokok beri rogimot ialah, pokok renek dan berbatang lembut, dahan yang bercabang dan daun hijau bergerigi, memiliki 3 cabang daun dalam satu tangkai daun, dahan yang berduri dan mencapai ketinggian sehingga 2 meter.

Warna buah pula hijau dan akan bertukar merah apabila sudah masak. Buahnya sedikit mengerutu dan agak kasar dan dimakan sahaja tanpa di buang kulit. Pokok beri rogimot tahan lama, dan pembiakannya disebarkan melalui haiwan seperti burung,

Pokok ini sebenarnya boleh ditemui di beberapa tempat di Malaysia seperti kawasan bukit Sabah dan Sarawak, Kalimantan dan Sumatera Barat Indonesia, Eastern Queesland Australia, Papua New Guinea. Umumnya, rogimot merupakan tumbuhan asli Sabah dan Sarawak.

Buah rogimot sebenarnya beri asli Kundasang yang mungkin berpotensi dikomersialkan pada masa akan datang.

Comments