ayam goreng ala kedai mamak

Resepi Rahsia Ayam Goreng Ala Kedai Mamak Terbongkar!

12,720 Views in , ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorStory MakerList Maker

Kalau pergi ke kedai mamak tu tak sah lah kalau tak makan ayam goreng kan? Bukan saja itu menu paling murah, tapi rasanya pun memang best! Mesti anda tertanya-tanya apa rahsia ayam goreng ala kedai mamak ni?

Warna merah ayam tu memang boleh buat anda mengidam lah! Dari jauh dah boleh nampak.Aroma ayam goreng ni memang menarik.

Ada ke yang suka ratah ayam ni bila di kedai mamak? Tak mengapa, jom kami kongsikan resepi rahsia ayam goreng ala kedai mamak. Memang power!

Bahan-Bahan : 

  • Ayam ( Seekor dibersihkan dan dipotong)
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Daun Kari (setangkai)

  • Tepung Jagung
  • Tepung Beras
  • Serbuk Kari
  • Lada Sulah
  • Serbuk Cili
  • Telur 1 biji
  • Garam dan serbuk perasa

Cara Penyediaan : 

  1. Gaulkan semua bahan di atas sehingga sebati dan ayam tersalut sepenuhnya
  2. Perapkan selama 1-3 jam (lagi lama lagi sedap)
  3. Setelah selesai diperap, gorengkan ayam dalam kuali.
  4. Pastikan minyak banyak dan goreng dengan suhu sederhana supaya ayam masak sempurna
  5. Siap!

Mudah bukan? Sekarang anda dah boleh sediakan sendiri ayam goreng ala kedai mamak di rumah.

*Resepi ini diterbitkan semula dengan kebenaran dari Puan Nurul Syafiqah di laman MAHN

Jom sertai komuniti penulis Zine Resepi. Anda boleh kongsikan resepi makanan atau tips menarik anda di laman web kami. Mudah je, anda cuma perlu sign up dan boleh mula menulis di SINI

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Rangup,Juicy, Pedas, Ini Resepi Paling Mirip Ayam Goreng KFC & McD

33 points
Upvote Downvote