Resepi Ayam Paprik Simple Tapi Sedap, Cubalah!

30,838 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorStory MakerList Maker

Menu Paprik Ayam ini memang menambat selera. Bukan saja mudah untuk disediakan, malah rasanya juga sangat menyelerakan. Memang makan bertambah lah kalau dapat ni.

Apa yang mudah tentang resepi kali ni ialah anda tak perlu untuk kisar pun bahan-bahan nya, cuma perlu hiris nipis dan tumis. Mudah kan?

Mari kita semak resepi ringkas ini

BAHAN-BAHAN

Bahan Ayam: 

  • Ayam bahagian dada
  • Serbuk kunyit sedikit
  • Garam secubit sahaja

Bahan-Bahan sos: 

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

*Tumbuk 3 bahan ini sehingga lumat

Bahan-Bahan Tumis:

  • Bahan-bahan tumbuk tadi (Bawang merah,putih,halia)
  • Serbuk cili
  • Serai 1 batang
  • Daun limau purut
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis (letak sedikit sahaja nak bagi warna sos cantik)

CARA-CARA

  1. Potong dadu ayam. Letakkan sedikit kunyit dan garam. Kemudian goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
  2. Tumis 3 bahan tadi bersama serbuk cili,serai, dan daun limau purut.
  3. Tumis sehingga garing. Kemudian masukkan air dan tambah sos cili, sos tiram, dan kicap.
  4. Tambahkan garam & perasa.
  5. Apabila sudah masak pecah minyak sempurna, masukkan ayam yang digoreng separuh tadi bersama sayur-sayuran (kacang panjang,bawang besar,cili besar)

Mudah bukan? Tak perlu kisar pun bahan-bahannya. Boleh diganti dengan daging atau seafood pilihan.

Kredit Resepi : Nurbaizura Sani

30 points
Upvote Downvote