resepi diet

Geram Bila Diet Tapi Berat Tak Turun? Ini Koleksi Resepi Diet Pasti Berkesan Untuk Anda

8,563 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorStory MakerList Maker

Open list
9 submissions already

Geram Bila Diet Tapi Berat Tak Turun? Ini Koleksi Resepi Diet Pasti Berkesan Untuk Anda

Memiliki tubuh badan yang ramping dan fit memang idaman semua. Bukan sahaja kelihatan cantik, malah lebih sihat dan cergas. Nak berjalan pun ringan je badan.

Yang geramnya, cuba pelbagai jenis diet tapi masih tak turun-turun berat badan. Mungkin ada kesilapan dari segi diet yang anda amalkan.

Antara makanan yang tanpa kita sedar sebenarnya menghalang proses penurunan berat badan ialah seperti makanan yang diproses (daging cincang,sosej, daging burger), garam berlebihan(termasuk ajinomoto) , makanan ‘deep fried’, dan juga aneka sos ( sos tiram & sos cili).

Nah kami kongsikan koleksi resepi hasil perkongsian di Laman Facebook Coach Yatie Nadzli ini. Nampak sedap dan menyelerakan resepi-resepi ni.

Tapi yang lagi best, resepi ini menggunakan banyak herba asli. Kurang kalori tau!

BACA JUGA : Resepi Yangnyeom Chicken Kurang 30 Minit

#1 Ayam Panggang Rempah Kari

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Kunyit dan garam
  • Sedikit cili kering yang telah dikisar
  • Rempah kari
  • Daun kari
  • Halia

Cara-Cara

  1. Gaul isi ayam bersama kunyit dan sedikit garam.
  2. Masukkan satu sudu besar cili yang telah dikisar.
  3. Gaul bersama halia dan satu sudu besar rempah kari.
  4. Daun kari dan halia untuk naikkan aroma.
  5. Panggang dalam magic pan selama 7-10 minit.
7 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Sayur Peas Kukus Bersama Ayam

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Kacang peas
  • Lobak merah
  • Putik jagung
  • Cili padi/cili besar
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Gaulkan isi ayam bersama kacang peas, lobak merah dan putih jagung yang telah dipotong.
  2. Potong cili padi untuk lebih pedas.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Kukus 5-7 Minit.
1 point
Upvote Downvote

submitted by

#3 Sup Ayam

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 3 Ulas Bawang Merah
  • 1 Biji Bawang Besar
  • Lobak Merah dan Kentang dipotong dadu
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Cengkih
  • Buah Pelaga
  • Lada Hitam
  • Daun ketumbar ( hiasan )
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend Bawang Putih , Bawang Merah dan halia.
  2. Rebus isi ayam.
  3. Masukkan bahan bahan yang telah diblend bersama kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga ke dalam rebusan ayam.
  4. Biarkan beberapa minit kemudian masukkan lobak merah, kentang dan bawang besar yang telah dihiris.
  5. Garam secukup rasa.
  6. Letak daun sup/daun ketumbar untuk menaikkan aroma sup anda!
1 point
Upvote Downvote

submitted by

#4 Tauhu Ayam Sumbat

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah direbus dan ditumbuk lumat
  • Taugeh
  • Carrot yang dihiris halus
  • Garam
  • Lada sulah
  • Tauhu
  • Daun bawang yang dihiris halus

Cara-Cara

  1. Gaulkan isi ayam , carrot , taugeh, daun bawang , lada sulah dan garam sehingga sebati.
  2. Potong tauhu menyerong dan sumbatkan bahan bahan yang telah digaul di bahagian tengah tauhu.
  3. Kukus selama 5-8 minit
1 point
Upvote Downvote

submitted by

#5 Ayam Kukus Halia

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam bahagian dada yang telah dibuang kulit
  • Bawang Putih yang dihiris halus
  • Bawang Merah dihiris nipis
  • Brokoli
  • Bunga kubis
  • Cendawan dan Kulat Hitam
  • Serai yang dihiris halus
  • Kacang Peas
  • Capsicum dihiris
  • Gajus
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-Cara

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan lada sukah secukup rasa.
  2. Tabur halia, bawang putih, brokoli, kacang peas , bunga kubis , cendawan dan kulat , serai , capsicum, gajus dan bawang merah di atas ayam.
  3. Kukus selama 15-20 minit
0 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 Kerabu Ayam Tomato

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah direbus dan diracik halus
  • Bawang Besar dihiris nipis
  • Tomato dihiris nipis
  • Cili Padi
  • Air asam jawa
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • Air perahan limau kasturi

Cara-Cara 

  1. Gaul kesemua bahan.
  2. Perah limau kasturi.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
0 points
Upvote Downvote

submitted by

#7 Ayam Kukus Pandan Berkunyit

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Jintan putih
  • Ketumbar
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara

  1. Gaul Isi ayam bersama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus, kunyit, jintan putih, ketumbar dan garam secukup rasa.
  2. Balut ayam dengan daun pandan.
  3. Kukus selama 7-10 Minit.
0 points
Upvote Downvote

submitted by

#8 Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan

  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 biji bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Satu sudu cili kering yang telah diblend
  • Cili padi
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Kisar Bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, cili padi dan cili kering yang telah diblend.
  2. Renehkan bahan bahan yang telah diblend bersama isi ayam ( Tambah air mengikut citarasa. Ada yang suka kuah pekat, ada yang suka kuah cair).
  3. Masukkan serai dan daun limau purut dan biarkan ianya masak selama beberapa minit.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
-2 points
Upvote Downvote

submitted by

#9 Tomyam Putih Thailand

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit2
  • Batang Serai dipotong serong
  • Seinci Halia dihiris nipis
  • Sedikit Lengkuas dihiris nipis
  • Daun Limau Purut
  • Lobak Merah
  • Tomato
  • Bunga Kubis
  • 2 biji bawang besar dibelah 4
  • Kulat/Cendawan
  • Cili Padi
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara

  1. Rebus isi ayam. Masukkan bawang besar, halia, lengkuas, serai.
  2. Kemudian masukkan daun limau purut, cili padi (ikut selera) dan lobak merah.
  3. Biarkan untuk beberapa minit.
  4. Akhir sekali, masukkan kulat atau cendawan, bunga kubis dan tomato.
  5. Jangan lupa garam secukup rasa !
-3 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

35 points
Upvote Downvote