resepi ayam bakar mudah

Guna 3 Bahan Jer. Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Bakar Mudah. Sedapnya!

5,420 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorStory MakerList Maker

Siapa tak terliur bila hidu aroma ayam bakar yang masih panas kan? Teringin tapi bila difikirkan susahnya nak disediakan menu yang satu ini, terus rasa malas tu datang. Tak apa, jangan risau. Jom kami kongsikan dengan anda resepi ayam bakar mudah. Guna 3 bahan je tau!

Biasanya untuk menyediakan bahan perapan ayam bakar akan mengambil masa yang lama. Kena potong bawang, serai, cili dan sebagainya dan perlu diblend pula. Fuh nak tunggu boleh makan tu memang perut dah menjerit lah minta diisi.

Tapi resepi yang kita nak kongsikan ini sangat mudah dan rasanya pun memang sedap. Apa kata kita cuba resepi ayam bakar mudah ini. Tak perlu lama nak sediakan. Guna 3 bahan je!

RESEPI AYAM BAKAR MUDAH 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN :

  • Ayam bersih seekor
  • Pes nasi goreng kampung 2 paket
  • Pes tomyam 1 paket

CARA-CARANYA;

1) Kosongkan isi pes ke dalam bekas berisi ayam yang dah dicuci. Gaul sekata

2) Gaul dengan penuh kasih sayang secukup rasa

3) Perap ayam dalam masa 2 jam atau semalaman. Lebih lama perapan anda, lebih sedap rasa ayam

4)Kemudian… Bakar ! Boleh bakar guna oven atau di atas arang. Mmmm sedap

CUBA JUGA : Reseipi Kepak Ayam Sweet And Spicy Boleh Buat Untuk Anak-Anak

Senang je kan, anak-anak pun suka

Bahan-bahan tu boleh digandakan ikut kuantiti ayam ye

Kredit: Nurul Shuhadah Dzaki via MAHN

*artikel ini telah diterbitkan semula dengan kebenaran penulis asal. Untuk lebih artikel dan perkongsian menarik. Jangan lupa like & share Facebook Zine Resepi

CUBA JUGA

Penat Beratur di Kyochon? Ini Solusi Mudah, Tak Sampai 30 Minit Untuk Anda!

28 points
Upvote Downvote