in

Punca Masalah Pendidikan Di Malaysia Dan Penyelesaiannya

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

PUNCA MASALAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN PENYELESAIANNYA

1. Cikgu-cikgu berasal daripada ‘kem pekerja’ yang kena buat kerja ikut arahan orang atasan.

2. Orang atasan cikgu pula dikategorikan sebagai ‘kem pengurusan’. Mereka inilah pentadbir sekolah, pegawai PPD, pegawai JPN dan pegawai KPM.

3. Masalah cacamarba pendidikan di Malaysia ni punca utamanya adalah pengurusan yang lemah. Kenapa saya kata masalahnya adalah pengurusan? Sebab benda ni suara kaum guru dah sebut sejak dulu lagi. Dari zaman Cikgu Siva Subramaniam, mantan Setiausaha Agung KPPK, sampai ke sekarang, pengurusan KPM masih lemah. Dulu tahun 90an Cikgu Siva pernah sebut pasal masalah penempatan guru tak mengikut opsyen. Sekarang dah 2018, isu penempatan tak mengikut opsyen masih gagal diselesaikan. Mengapa? Sebab pengurusan lemah.

4. Jika Menteri Pendidikan baru betul-betul nak buat perubahan, beliau perlu tackle punca masalah iaitu pengurusan lemah. Cadangan saya mudah saja. Kaji semula semua program yang ada di sekolah yang tiada kaitan dengan pdp secara langsung. Jika program itu tak memberi impak langsung kepada pdp, batalkan program tersebut.

5. Contohnya program LINUS yang menyebabkan guru BI terpaksa guna masa pdp untuk buat saringan, guna masa peribadi sediakan report tapi akhirnya tak ada program pemulihan pun untuk murid-murid gagal LINUS. Guru itu sendiri yang perlu ajar murid LINUS dalam kelas sendiri bersama murid-murid lain. Jika KPM tak mampu sediakan guru pemulihan yang cukup, batalkan saja program LINUS ni. Tanpa LINUS pun, para guru mampu kenalpasti tahap pelajar dalam kelas sendiri untuk disesuaikan dengan pelaksanaan pdp.

6. Setelah batal program-program ini, apa jadi dengan pegawai pengurusan yang uruskan program-program ini? Jawapannya, tukar mereka masuk ke sekolah semula untuk mengajar atau buat kerja pengurusan di sekolah.

7. Dalam sekolah, Guru Besar cuma dibantu tiga orang penolong kanan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum. Sudah lah bukan main banyak unit bawah ketiga-tiga bahagian ini. Yang perlu buat kerja dalam unit ini ialah para guru. Jadi setidak-tidaknya, dengan menempatkan pegawai pengurusan di sekolah, beban pengurusan para guru dapat dikurangkan SERTA-MERTA.

8. Walaupun Menteri Pendidikan datang daripada parti kerajaan baru. Jika pendekatan beliau masih sama dengan pendekatan kerajaan lama, saya percaya beliau akan menemui kegagalan dalam usaha reformasi yang dijalankan. Menteri Pendidikan perlu guna pendekatan baru bottom-up dan bukannya top-down seperti yang diamalkan kerajaan BN.

9. Selagi mana Menteri Pendidikan nak harapkan golongan kem pengurusan (KPM, JPN, PPD dan pentadbir sekolah) untuk kenalpasti masalah dan beri cadangan penyelesaian (pendekatan top-down), saya rasa selagi itulah beliau akan gagal menemui penyelesaian yang bagus. Macamana kita nak harapkan kem pengurusan untuk kenalpasti masalah sedangkan selama ini mereka sendiri turut menjadi punca kepada masalah tersebut iaitu pengurusan yang lemah!

Kredit : Faeiz Ali




  • What do you think?

    13 points
    Upvote Downvote