in

Potongan KWSP kepada suri rumah belum muktamad – TPM

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum mencapai kata putus berhubung caruman tambahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan dipotong dari gaji suami kepada suri rumah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, ada beberapa perkara teknikal perlu diteliti termasuk peraturan KWSP sebelum keputusan boleh dibuat.

“Kita telah berjumpa dengan mereka (Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan) dan saya berasa gembira selepas pertemuan itu. Cuma ada masalah sedikit. Kerana mengikut Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak boleh disentuh caruman yang diberikan suami (11 peratus).

“Ketika ini, apa yang ada adalah Skim Persaraan 1Malaysia yang mana suami boleh secara sukarela memberi ‘hadiah’ sebanyak RM250 setahun. Jadi kita perlu cari skim yang sesuai dan cara pelaksanaan terbaik untuk laksanakan caruman tambahan. Saya sudah bercakap kepada Menteri Kewangan, ‘kita kena teliti Peraturan KWSP) dulu,” katanya selepas lawatan rasmi di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di sini, hari ini.

Kerajaan dan KWSP, sebelum ini dilaporkan sedang membincangkan mekanisme pelaksanaan pemotongan caruman selain keperluan potongan caruman kepada suami mempunyai isteri lebih dari satu atau suami berstatus ‘househusband’.

Mekanisme ini penting kerana ia bergantung kepada siapa yang layak serta kaedah untuk mencarum.

Sebanyak dua peratus daripada pendapatan suami akan dipotong untuk caruman dan bagi yang layak, kerajaan akan memberikan insentif tambahan, RM50.

Pemotongan caruman tambahan itu kepada golongan suri rumah antara janji Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14 lalu.