in

Polis buru tiga lelaki kes bunuh kucing

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

GOMBAK: Polis memburu tiga lelaki yang terlibat dalam kes penderaan haiwan melibatkan seekor kucing yang ditemui mati dalam mesin pengering di kedai dobi Taman Gombak Ria, kelmarin.

Perlakuan memasukkan seekor kucing oleh dua lelaki pada mesin pengering itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum pemilik kedai dobi berkenaan membuat laporan polis, semalam.

Kejadian tersebut kemudian ditularkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia dan  menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, meminta kerjasama orang awam yang mengenali pelaku untuk menyalurkan maklumat.

“Tiga lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an.

“Orang ramai yang melihat atau mengetahui lokasi lelaki berkenaan diminta menghubungi Inspektor Najmi di talian 017-9291359,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh binatang.

Turut membuat laporan polis enam badan bukan kerajaan (NGO) petang tadi yang meminta siasatan dan tangkapan kepada pelaku dijalankan segera.




  • What do you think?

    11 points
    Upvote Downvote