in ,

Polis akan bincang dalam tentukan pembukaan semula kes Altantuya

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akan berbincang dengan pegawainya dalam menentukan sama ada akan membuka semula kertas siasatan berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika ditanya sama ada pihak polis akan membuka semula siasatan terhadap pembunuhan wanita Mongolia itu.

“Saya perlu lihat semula dan berbincang dengan pegawai saya,” katanya ringkas pada sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Pada 2006, mayat wanita Mongolia, Altantuyaa, 28 tahun, ditemui dalam keadaan mengerikan dengan cebisan daging daripada anggota badannya bertebaran di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor berhampiran Empangan Tasik Subang.

Mangsa dipercayai diletupkan antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Pada 13 Januari 2015 Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Selain mereka, bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang pada mulanya didakwa bersubahat dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.