in

Pertemuan Trump-Jong-un batal

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan kepada pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un semalam bahawa beliau membatalkan persidangan nuklear mereka di Singapura yang dijadual pada bulan depan.

Beliau antara lain menyalahkan sikap ‘marah’ dan ‘permusuhan’ daripada rejim Korea Utara sebagai punca kegagalan detik bersejarah itu.

Trump dan Jong-un dijadual mengadakan perbincangan pe­ringkat tertinggi pada 12 Jun ini dalam matlamat melucutkan senjata nuklear, namun pertemuan itu menjadi tidak menentu apabila kedua-dua pihak saling tuduh-menuduh dan membuat ancaman.

Surat Trump kepada Jong-un dikeluarkan sehari selepas Korea Utara menyerang peribadi Naib Presiden AS, Mike Pence sebagai ‘bodoh’ dan ‘jahil’.

“Malangnya, berdasarkan kemarahan besar dan permusuhan terbuka yang ditonjolkan dalam kenyataan terbaharu anda, saya rasa tidak sesuai pada masa ini untuk mengadakan perbinca­ngan jangka panjang ini,” kata Trump dalam surat yang didedahkan oleh White House kepada media.

“Sehubungan itu, surat ini adalah bagi mewakili persida­ngan di Singapura untuk kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Tetapi untuk sebarang tindakan yang boleh menjejaskan dunia, tidak sesekali akan berlaku,” katanya.

Trump dalam surat ber­kenaan turut memberi amaran mengenai kekuatan nuklear AS dengan menulis: “Anda bercakap tentang keupayaan nuklear anda, tetapi kami sangat kuat dan berkuasa. Saya berdoa kepada tuhan agar mereka tidak menggunakannya.”

Presiden AS itu mengakhiri surat berkenaan dengan menyatakan bahawa pintu masih terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Jong-un.

Beliau bagaimanapun menekankan bahawa “sangat berharap untuk berada pada pertemuan itu.”

“Kami sangat menghargai masa, kesabaran dan usaha anda bagi rundingan dan perbincangan dalam menjayakan persidangan itu.

“Jika anda menukar fikiran untuk mengadakannya dengan satu persidangan penting, sila hubungi saya atau melalui surat,” kata Trump. – AFP