in

Perkahwinan kanak-kanak, kerajaan siasat elemen ‘sexual grooming’ – TPM Wan Azizah

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menyiasat jika terdapat unsur antun atau sexual grooming dalam kes lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dilaporkan berkahwin dengan kanak-kanak warga Thailand berusia 11 tahun.

Menterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, siasatan lebih teliti sedang dijalankan bersama agensi berkaitan kerana antun dikategorikan sebagai kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Pihak kami sedang menjalankan siasatan dan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk memperhalusi kes ini termasuk meneliti elemen antun yang merupakan satu kesalahan.

“Kerajaan akan melindungi kebajikan kanak-kanak berkenaan dan akan memberikan bantuan perubatan dan kaunseling profesional,” kata Wan Azizah.

BACA: Kahwin budak bawah umur: Pasangan kontroversi sedia berdepan tindakan

Wan Azizah juga memaklumkan, hasil siasatan setakat ini mendapati, tiada sebarang rekod pendaftaran perkahwinan itu, malah tiada bukti yang menunjukkan perkahwinan tersebut dijalankan di Golok seperti yang didakwa sebelum ini.

“Seksyen 90(c) Kanun Keseksaan menyebut, kerelaan bukanlah kerelaan bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun. Menjadi tanggungjawab lelaki itu untuk membuktikan status perkahwinan itu sah kepada pihak berkuasa.

“Selagi tiada bukti, kerajaan akan menganggap mereka pasangan yang belum berkahwin dan sebarang hubungan dan interaksi antara mereka tertakluk kepada pelbagai undang-undang perlindungan kanak-kanak di negara ini,” tambah beliau lagi.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga sedang meneliti cadangan untuk menaikkan had usia minimum perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun, untuk wanita.

Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki berusia 41 tahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun yang didakwa sebagai isteri ketiganya di Gua Musang, Kelantan, tular di media sosial sejak Jumaat lepas, selepas perkara itu dikongsikan isteri kedua lelaki terbabit.




  • What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote