in

Perkahwinan budak 11 tahun tidak sah – Dr Wan Azizah

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Gua Musang, Kelantan yang tular di media sosial sejak Jumaat tidak sah dari segi undang-undang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana perkahwinan itu tidak mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk bapa kanak-kanak itu mewalikan anaknya selain menjadi isteri kepada orang yang lebih tua sekali gus kanak-kanak itu di bawah umur.

“Saya sudah berbincang dengan seorang hakim daripada mahkamah syariah dan saya diberitahu di bawah Seksyen 8, perkahwinan ini tidak sah, kerana mereka tidak dapatkan kelulusan mahkamah syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Jamuan Tertutup Ekslusif Sambutan Aidilfitri bersama 2,000 anak yatim asnaf 2018 di Setiawangsa, pada Ahad.

BACA: ‘Kami suka sama suka’ – suami tidak akan cerai isteri bawah umur

BACA: Isu kahwin budak 11 tahun: JAHEAIK belum terima laporan

BACA: Kerajaan siasat kes kahwin bawah umur di Gua Musang – TPM

Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi perempuan adalah 16 tahun. Sekiranya mereka di bawah umur, perkahwinan hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa mereka.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya berusaha mengesan lelaki berusia 41 tahun itu tetapi gagal kerana didapati telah melarikan diri.

Katanya, walaupun kanak-kanak itu bukan warganegara Malaysia, kementerian tetap perlu ambil tindakan kerana kami perlu melindungi hak kanak-kanak.

Dalam pada itu, beliau berkata kes perkahwinan tersebut perlu dilihat secara holistik sama ada terdapat unsur-unsur seperti pedofilia, eksploitasi kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak.

Ujarnya, sudah tiba masa untuk menaikkan had umur perkahwinan melibatkan kanak-kanak perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun.




  • What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote