in ,

‘Percayalah pada Daim, Zeti, Hassan dan Jomo’ – Robert Kuok

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Robert Kuok enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan pertama yang dihadirinya hari ini.

Sebaliknya, beliau menggesa rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan kepada majlis tersebut untuk menentukan polisi dan hala tuju Malaysia.

“Tun Daim, Tan Sri Zeti, Tan Sri Hassan Marican, Profesor Jomo, semua ini individu baik.

“Percaya mereka, percayalah mereka,” katanya sewaktu ditemui wartawan sebelum beliau meninggalkan Menara Ilham kira-kira jam 4.30 petang di sini hari ini.

Ketika ditanya, Kuok yang berpengkalan di Hong Kong, tidak mendedahkan sama ada beliau akan terus menghadiri mesyuarat majlis akan datang atau akan pulang serta-merta.

“Kesemua kami hanya mahukan yang terbaik untuk negara. Kami harap rakyat akan terus dijaga dengan baik,” tambah Kuok.

Pelantikan ahli perniagaan berusia 94 tahun itu dialu-dialukan oleh komuniti perniagaan Malaysia, yang berpendapat pelantikan beliau meningkatkan keyakinan komuniti pelabur antarabangsa terhadap Majlis itu.

Kuok dilantik untuk menyertai panel lima ahli Majlis Penasihat Kerajaan kepada pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri ketujuh.