in

Whatsapp Group SE (Special Edition)

Story Maker

Bab 1

Rindu Kawan Lama

Sejak aku jadi orang terakhir left group whatsapp kawan sekolah, hampir sebulan jugak aku tak main whatsapp. Bukan tak main je, aku uninstall whatsapp aku weh. Paling best, aku tukar nombor kot. Aku memang takut. Lepas seminggu baru aku install balik, itupun sebab bos aku bising. Selalunya kerja aku akan disalurkan melalui whatsapp. Bila aku kata phone aku problem, tak boleh install whatsapp, syarikat siap bagi elaun untuk trade-in handphone lama, tukar baru katanya. Jadi, nak taknak, aku kena gak guna whatsapp.

Tapi aku takde whatsapp orang lain selain tempat kerja aku. Bukan kat group je aku trauma, private message pun aku tak berani. Kira terputus jugaklah hubungan aku dengan kawan-kawan sekolah aku masa tu. Tapi aku je la yang trauma macam tu, sebab aku orang last left. Dan aku juga yang dapat maklumat bahawa dia dari alam ‘barzakh’. Aku tak sempat pun bagitau kat kawan aku semua pasal Azura kata dia kat alam ‘barzakh’tu.

Kadang tu aku fikir balik, boleh ke dari alam lain hantar message kat kita? Macam mustahil je. Tapi kalau nak fikir mustahil, cemana lak roh dari alam lain boleh masuk dalam jasad orang di alam lain. Tapi tu lain, takde kena mengena dengan media social kan? Habis tu, yang orang kerasukan bila tengok citer seram pulak tu cemana pulak? Haishhh…Makin aku fikir, makin tak betul otak aku. Sebab tu aku tak pandang whatsapp. Aku cuma tengok facebook je untuk kehidupan luar aku. Mak aku pun marah, katanya itulah asyik sibuk dengan whatsapp kawan je sampai lupa nak tolong mak aku buat kerja rumah. Tu balasan Tuhan la tu sampai peringatan dari alam ‘barzakh’ pun sampai. Hahaha…. Padan muka aku. Tu lah kata orang, mak ni bila dah marah, takde yang mustahil yang boleh terjadi. Sampai hantu pun boleh main whatsapp kan?

Bila keadaan aku dah neutral balik, satu malam tu aku godek-godek la telefon baru aku. Telefon baru weh, lagi canggih dari yang dulu. Memori pun lagi besar, gambar pun lagi jelas. Lawa je muka aku bila ambil gambar. Jadi, ada jugak la hikmah di sebalik kejadian Azura ni kan.

Pemukau Alam Maya

Orang kata, handphone ni pemukau terhebat di alam siber. Kenapa? Kerana bila kita tengok handphone, nak-nak pulak ada internet yang laju, macam-macam benda kita nak tengok. Mulalah kita lupa benda lain, perkara lain. Kita akan asyik dengan handphone. Tengok itu, tengok ini. Gelak sorang-sorang, senyum sorang-sorang. Sampai segala kerja jadi tertangguh. Sedar-sedar dah lambat untuk hal lain yang lebih penting. Last-last kena bebel dengan mak. Jangan sampai mak marah lagi sudah, kang entah hantu apa pulak keluar dari handphone ni. Hishhh… mintak simpang la.

Tapi takut tu kejap je. Tengah belek-belek tu, aku teringat kat kawan-kawan sekolah aku. Apa khabar mereka? Apa citer mereka lepas masing-masing left group hari tu? Mungkin mereka cuba hubungi aku tapi sebab aku uninstall whatsapp, tukar nombor tanpa bagitahu. Tapi aku masih melihat aktiviti mereka kat facebook dan instagram. Cuma aku tak berani berhubung. Aku tak komen, tak berani like pun. Begitulah takutnya aku.

Maka, aku bukak playstore. Aku taip ‘WhatsApp Messenger’, laju je jari tu tekan ‘Install’. Cepat je dah install. Maklumlah. telefon baru kan. Aku bukak list ‘contact’ kat phone aku. Berderet nama kawan sekolah aku. Hati aku excited sangat nak message diorang. Dah terlupa dah pasal Azura tu.

-Bersambung-


Whatsapp Group SE – Bab 2