Whatsapp Group SE – Bab 2

217 Views in
Story MakerYears Of Membership

Aku klik nama Zaiyanah. Dia online.

Aku : Yana, ni aku, Aqilah. Lama tak dengar khabar.

Zaiyanah : Weh, Qila. Kau pergi mana? Hilang tanpa berita. Ni nombor baru ke? Kami semua try contact kau. Pm kat kat FB pun kau tak balas, tapi kau dah baca. Kau pun takde pos apa-apa kat FB dah. Ingatkan taknak kawan dah.

Aku : Aku ok je. Sibuk sikit kat tempat kerja.

Zaiyanah : Kau tukar tempat kerja ke?

Aku : Taklah. Tempat lama jugak.

Zaiyanah : Bukan tempat kerja kau tu dari dulu memang sibuk ke? Dulu ada je masa kau borak dengan kitorang?

Sekali Zaiyanah bagi soalan perangkap. Terkebil-kebil aku tengok keypad. Lama aku nak jawab. Aku cuba sedaya upaya untuk tak buka cerita Azura.

Zaiyanah: Qila, kau ok ke? Kau sakit?

Aku : Takdelah. Aku ok. Dulu pejabat aku dapat projek besar. Tu yang kelam kabut sikit tu. Selalu keluar kawasan.

Aku cuba bagi jawapan selamat.

Zaiyanah : Weh, dulu aku orang second last left group whatsapp tu. Lepas aku left, kau masih kat dalam group dengan Zura kan? Ke kau pun terus left lepas aku left?

Akhirnya Zaiyanah hilang sabar, terus tanya. Tapi aku tak terus jawab. Aku trauma balik bila nama tu disebut. Laju je degup jantung aku bila nama tu ditaip di skrin handphone.

Zaiyanah: Qila, jangan la tinggal bluetick je. Aku tenung skrin ni dah macam nak tembus tunggu kau jawab.

Dan aku masih tinggalkan bluetick. Masih fikirkan jawapan bagi mengelakkan cerita pasal Azura ni keluar lagi. Sedang aku memikirkan jawapan selamat, tiba-tiba ada satu benda berat hempap belakang aku.

sekadar hiasan

Tercampak handphone aku. Berderau darah aku.

Fuh, rasa macam nak jadi heart attack dah. Nak bergerak pun sakit. Patah kot pinggang aku.

Aku pusing badan aku. Rupanya adik aku yang sedang duduk kat belakang aku tergolek ke tepi.

“Sakitlah. Mai sini aku hempap belakang kau pulak,” Jerit aku kat adik bongsu aku, Hafiz yang berusia 9 tahun. Hafiz lari menjauhkan diri dari aku bila tengok muka aku dah nak tukar jadi hijau.

“Mak ajak makan,” kata Hafiz sambil menggosok-gosok belakang kepalanya sebab terkena lantai masa aku pusingkan badan tadi.

“Ajak elok-elok tak boleh? Mesti nak hempap belakang akak kenapa?” Marah betul aku.

“Haa, tu lah dia. Bila mengadap telefon tu, semua orang nak dimarah. Selalu je Hafiz tu menyendeng kat kamu, takde pulak kamu marah. Ni sebab mengadap telefon, lupa dah dunia lain,” tiba-tiba dengar mak aku membebel.

Aku bangun sambil jeling Hafiz yang menutup mulut menahan gelak sebab aku kena marah.

Aku jalan ke dapur, mak dah siap berhidang untuk makan malam. Abah dengan Aqil dah duduk bersedia nak makan. Aku tarik kerusi sebelah Aqil lalu duduk tapi mataku tak lepas memandang Hafiz. Terkejut betul aku tadi.

Selalupun begitu, aku balik kerja memang aku rehat. Mak tak ganggu aku di hari kerja. Kadang tu dah pukul 7 baru aku sampai rumah. Mak akan sediakan makan malam. Lepas makan, tugas aku pulak kemaskan dapur, basuh pinggan semua. Takdelah aku lepas tangan pulak.

Lepas aku dah kemas semua kat dapur, aku kembali mengadap telefon. Mak dan abah duduk kat sofa tengok tv . Aqil dan Hafiz kat bilik, buat kerja sekolah.

Aku tengok dah ada 12 whatsapp conversation dari Zaiyanah.

Zaiyanah : Qila, kau ni. Takpe, kau taknak cerita pasal kau, aku cerita pasal aku. Bukan pasal aku sangat la. Sebab aku takde cerita pelik ni. Banyak cerita aku nak bagitahu ni. Kau tahu tak, lepas Fatin dan Damia left group tu, diorang pm aku. Dia kata ada satu unknown number pm dia, tanya kenapa dia left group. Dia cuba call nombor tu tapi dia cuba dengar bunyi macam orang bernafas je. Dia dok hello hello, lepas tu dia dengar bunyi macam suasana kat dalam gua ke apa entah tapi tak dengar suara orang. Tapi line jalan, sebab orang belah sana jawab phone call dari Damia dengan Fatin. Tapi aku tak terima pun apa-apa message dari unknown number.

Aku : Aku pun tak terima apa-apa.

Zaiyanah : Jap, aku bukak group baru ye. Nanti kita sembang kat sana.

Muka aku dah berubah. Bulat mata aku tengok skrin telefon.

“Kamu tengok apa tu Qila?” Tiba-tiba ayah sergah aku. Tercampak telefon aku. Sampai terbuka penutup belakang phone tu. Lepas tu phone aku off sendiri. Kuat kot terhentak tadi.

Mak aku pandang aku sambil gelengkan kepala. Ayah pula jeling aku.

“Kamu jangan tengok benda bukan-bukan Qila. Kamu dah besar, tahu mana baik mana buruk.” Ayah pula berleter. Ni mesti mak aku dah bagitahu apa-apa kat ayah aku.

“Takdelah ayah. Ni whatsapp dengan Yana je. Janganlah risau, Yana tahu mana baik mana buruk,” aku jawab sambil membetulkan telefon tapi telefon aku tak boleh on. Aduh, esok kena bawa gi kedai la ni.

-Bersambung-


Whatsapp Group SE – Bab 3

32 points
Upvote Downvote