Satu Langkah – Cerpen

1,843 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorUp/Down VoterVerified UserContent AuthorStory MakerList MakerPoll Maker

Open list
24 submissions already

#7 Episode 6 – part 1

Kemesraan yang terjalin antara Naufal dan Nurin memarakkan api kecemburuan Jasmin yang sedang menyaksikan agenda itu .

Jasmin sudah lama simpan perasaan terhadap Naufal , cuma , yelah nak jual mahal la katakan .. Lagi-lagi bila Naufal adalah seorang berwatakan alim , bersongkok , tangan tak lekang dengan alquran mini , dan tasbih elektronik . Jasmin jadi rendah diri dan kerdil untuk berhadapan dengan Naufal .

Berbeza pula dengan perwatakan Nurin yang bertudung labuh , berstokin dan bersarung tangan walaupun dia cuma seorang cleaner . Cuma .. Tidak semua yang tertutup itu indah . Faham-faham lah sendiri ya .. (tak faham boleh baca balik epi 1)

Naufal beredar dari pantri . Jasmin menyusul .

"Amboi~ , mesra nya korang berdua ya , kau ingat sikit kau tu apa kat sini .. Sikit pun kau tak layak untuk pandang dia . Dia , aku punya .."

Nurin yang tersenyum gembira ditegur Naufal senyumnya terus mati . Dia tertunduk . Nak membantah tapi kecut perut untuk mengangkat muka apatah lagi bertentang mata dengan diva acah gojes tu .

Nasi goreng yang berbaki lagi sikit ditumpah kan dengan sengaja .

"Hoi ! Aku cakap dengan kau la perempuan ! Bukan kayu !" nasi goreng tumpah di atas baju uniform Nurin .

"Cik Jasmin ! Ini rezeki !" Nurin cepat-cepat menyapu nasi goreng yang ditumpahkan .

"Memang tu rezeki kau ! Makanan kampung ! Puih!" Jasmin dengan selamba meludah Nurin .

Entah apa yang dibencikan Jasmin terhadap gadis polos itu entah lah .

Tanpa disedari sesiapa antara mereka , ada yang melaporkan kejadian itu kepada Naufal . Dan dengan segera Naufal tiba di pantri itu semula .

"Jasmin !!!" kejadian menghina terhenti dengan dek jeritan singa Naufal .

Jasmin menjeling maut dan beredar dari pantri dan berbisik kepada Nurin .

"Lebih baik kau berambus dari sini , perempuan kampung !" Nurin cuma diam dan bertahan dengan panahan tajam yang menusuk jiwa . Dia sedar dia siapa , dia layak dilayan sebegitu rupa , begitu lah dulunya Nurin melayani arwah ibunya . Inilah balasan setimpal buatnya . Dengan dunua pelacuran yang tidak berhenti sebelum ibunya pulang ke pangkuan Ilahi .

"Awak tak apa2 , Nurin?" Nurin menyeka air mata dengan hujung baju yang hampir meluncur laju di pipi.

"Saya Okey Encik Naufal .. Saya mintak diri dulu ."

Nurin berlalu dengan air mata .

 

-Bersambung-


Sila tekan butang NEXT di bawah untuk ke bab seterusnya

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

31 points
Upvote Downvote