Satu Langkah – Cerpen

1,488 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorUp/Down VoterVerified UserContent AuthorStory MakerList MakerPoll Maker

Open list
24 submissions already

Karya : Howwos

#1 Satu Langkah – Episode 1

Tanah kubur yang masih merah diratap Nurin Nabilah . Kesalnya seorang anak yang mungkin takkan kembali setelah kehilangan syurganya disaat umurnya masih muda .

Hujan yang lebat semakin membasahi bumi dan dirinya yang masih belum boleh menerima kenyataan bahawa Ibunya telah pulang ke pangkuan Ilahi .

"Yin .. Sudahlah .. Marilah balik , nanti Yin demam . Hujan lebat ni Yin ."

Nurin menepis tangan Safiyyah .

"Takmau Fiy !! Aku nak duduk sini sampai Ibu bangun !!" Nurin menangis semahu-mahunya .

"Astaghfirullah Yin .. Redhalah dengan ketentuan Ilahi Yin ! Yin pentingkan jugalah kesihatan tu Yin !! Fiy taknak tengok Yin sakit !" Safiyyah masih berusaha memujuk sepupunya untuk pulang .

"Aku banyak dosa dengan Ibu Fiy ! Aku tau Ibu tak pernah memaafkan aku sebagai seorang anak ! Aku anak derhaka !!"

Setelah sebulan pemergian Ibu nya . Nurin hilang arah tuju hidup . Kesalnya Nurin dan derhakanya dia saat ibunya hidup , mengembalikan dirinya kepada yang Esa . Hidupnya persis seorang pelacur meski dibesarkan dalam keluarga yang waraq .

Dia satu-satunya anak tunggal yang dimiliki ibunya sejak ayahnya tiada saat dia lahir kedunia . Tidak pernah mengenali wajah walinya , tidak pernah tahu dimana keberadaannya , hidup atau mati , entahlah , ayahnya pergi meninggalkan ibunya disaat dia masih dalam kandungan .

Hidupnya serba serbi kekurangan kasih sayang . Hanya Safiyyah yang menjadi tempat berteduh kasih, sepupunya yang ibunya kakak kepada ibu Safiyyah .

Malam itu

Nurin berbaring diatas tilam ditemani Safiyyah .

"kenapa kau degil sangat Yin? Kan kau dah demam? Takboleh ke terima kenyataan yang Ibu kau dah takda? Fiy faham kau sedih .. Jangan la fikir yang tidak-tidak Yin .. Doakan lah semoga ibu sentiasa tenang dan bahagia di alam sana . Peringatan buat kita juga bahawa kita akan menyusul kematian juga .."

Nurin terdiam dan menangis termenung . Mengenangkan dosa yang dilakukannya dulu . Apa guna dia membesar dengan didikan agama tapi hatinya keras untuk menerima itu semua?

Nurin cuba bangun dari pembaringan . Dia terbatuk kesakitan menahan sesak dada .

"Sudah Yin .. Baring . Jangan paksa diri tu . Minum air ni."

Cawan yang dipegang Safiyyah ditepis Nurin .

"Aku nak Ibu !!" meski sakit , namun hatinya berkeras ingin meratap ibunya .

Safiyya segera memeluk Nurin kemas .

"shhh .. Sudah Yin .. Fiy ada .. Aku taknak tengok kau macam ni .. Doalah .. Allah ada dengan kita .."

Semakin lebat hujan , begitulah air matanya semakin lebat .

"Ma....Mampu ke i..ibu maafkan aku yang serupa pe...pelacur ni Fiy? Mampu ke? Aku..aku tak kuat Fiy .. "

Suara nya semakin lemah .. Dan akhirnya Nurin rebah atas pangkuan Safiyyah .

Hanya satu perkataan yang keluar dari bibir Nurin sebelum pitam .

"i..ibu..."

Bersambung.....


Sila tekan butang NEXT di bawah untuk ke bab seterusnya

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

32 points
Upvote Downvote