Persetiaan Versailles 1919: Pengakhiran Jerman Dalam Perang Dunia Kedua

384 Views in
Story MakerYears Of Membership

Perjanjian Versailles adalah perjanjian damai yang ditandatangani oleh Jerman dengan negara Kuasa Bersekutu iaitu Britain, Perancis, Italy, Amerika dan Jepun. Perjanjian ini dimeterai di Istana Versailles, Perancis pada 28 Jun 1919 selepas berunding selama 6 bulan.

Dalam artikel 231, Perjanjian Versailles menyebabkan Jerman terpaksa bersetuju untuk gencatan senjata, menyerahkan sebahagian wilayah yang dikuasainya dan membayar wang pampasan kepada negara yang terjejas akibat Perang Dunia Pertama. Jumlah pampasan ini berjumlah 132 billion Mark, yang akhirnya menjadi hutang dan terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat Jerman.

Baik daripada pemimpin tentera yang mengarahkan perang, golongan ahli perniagaan sehinggalah kepada orang tua dan kanak-kanak, Jerman bertanggungjawab sepenuhnya kerana mencetuskan peperangan. Negara yang terlibat mengenakan sekatan ekonomi dan mahukan pampasan yang menyebabkan Jerman terpaksa menanggung hutang yang tidak mampu mereka bayar.

Perjanjian Versailles dibroker oleh pemerintah 3 negara yang berpengaruh iaitu Presiden Amerika Woodrow Wilson, Perdana Menteri Britain David Llyod George dan perdana menteri Perancis George Clemencau. Setiap seorang daripada mereka memiliki agenda tersendiri dalam Perjanjian damai yang ditandatangani itu.

Presiden Amerika Woodrow Wilson tampil dengan 14 isi utama yang menuntut kepimpinan demokrasi, persetujuan terbuka dan perdagangan bebas dua hala. Perdana Menteri Perancis, George Clemencau pula mahu membalas dendam dengan melemahkan kuasa ekonomi dan ketenteraan Jerman kerana tindakan mereka yang terlebih dahulu mengisytiharkan perang. Perdana Menteri Britain, David Llyod George mahukan kepentingan Britain terjaga kerana mereka melihat Jerman sebagai rakan dagang yang penting.

KESAN TERHADAP JERMAN

Persetiaan Versailles memberikan kesan secara langsung kepada Jerman. Selain terpaksa menanggung malu kerana kekalahan dalam perang, Jerman juga kehilangan sebahagian wilayah mereka. Mereka terpaksa menyerahkan wilayah mereka kepada Perancis dan merelakan pemisahan beberapa kawasan.

Antaranya seperti  pemisahan lombong arang batu di Saar dan juga terpaksa mengiktiraf kemerdekaan Czechoslovakia. 30 batu kawasan di lembangan Rhine menjadi zon bebas tentera. Kuasa ketenteraan Jerman pula dikecilkan kepada hanya 100 ribu anggota dengan jumlah maksimum 7 divisyen infantri dan 3 divisyen kavalri.

Rakyat Jerman menolak Perjanjian Versailles dengan alasan ia perjanjian yang berat sebelah dan merugikan Jerman. Rata-rata rakyat Jerman menggangap  perjanjian itu memalukan terutamannya dengan klausa dalam Artikel 231.

Golongan Nasionalis Jerman mengkritik Perjanjian Versailles kerana mereka mengganggap wakil Jerman di Istana Versailles yang terdiri daripada Menteri Luar, Herman Muller dan Johannes Bell sebagai pengkhianat negara. Ketika inilah ahli politik Jerman mula menyalahkan orang Yahudi kerana kegagalan rundingan mereka menyebabkan Jerman terpaksa menanggung kesan buruk akibat perang.

Perjanjian itu bukan sahaja menyebabkan kuasa ketenteraan Jerman menjadi lemah, tetapi juga menyebabkan ekonomi mereka merudum. Nilai matawang Mark jatuh teruk dan inflasi yang meningkat menyebabkan harga barang naik melambung. Keadaan ekonomi yang menekan mendorong rakyat untuk bangkit menentang pemerintah sedia ada dan membentuk kepimpinan mereka sendiri.

Orang awam menubuhkan parti politik dengan inisiatif sendiri yang berasaskan ideologi Nasionalisme, Sosialisme dan juga Komunisme. Marxist mengambil tempat di Berlin dan Munich. Begitu juga dengan parti seperti Deustche Demoraktische Partei (DDP), Kommunistische Partei Deutschland (KPD), Sozialdemokratische Partei Deutschlands (SPD), Zentrumspartei dan Bolsheviks Nasional.

32 points
Upvote Downvote