Panduan Menulis Cerpen, Novel Dan Karya Bergaya Di ZINE

Tidak tahu menulis cerpen dan novel di zine? Baca artikel ini

486 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorUp/Down VoterVerified UserContent AuthorStory MakerList MakerPoll Maker

Selepas menghabiskan lebih dari 1,000 jam menulis dan menyunting cerpen, novel dan karya sastera untuk penerbitan di ZINE, saya telah memutuskan untuk mencipta panduan gaya menulis ini untuk penyumbang karya di zine. Khusus buat penulis-penulis di Zine Penulisan dalam menulis cerpen, novel dan karya-karya sastera.

Bagi mereka yang masih belum berstatus Zine Rangers, saya mengajak anda untuk klik di pautan di bawah dan lihat bagaimana cara mendaftar sebagai seorang Zine Rangers

Sign Up Di Zine.my Dalam 2 Minit!

Amaran spoiler!!

Isi kandungan berikutnya akan membuatkan anda pening dan bingung, Jadi baca ini dahulu

Tips dan Panduan Lengkap Menulis Artikel di ZINE

Konsep

Ini adalah antara perkara penting sebelum anda mula menulis, iaitu ‘Penetapan Bab’ 

Secara asasnya, Cerpen adalah cerita pendek dan kebiasaannya bilangan babnya di bawah sepuluh adapun lebih tidak terlalu panjang.

Sekurang-kurangnya 500-20,000 patah perkataan,

contoh satu cerpen di ZINE, mempunyai 3 bab

Antara Aku Kau & DIA

Manakala, Novel ialah penulisan yang panjang dan kebiasaannya melebihi 10 bab yang menjadikan sebuah naskhah tebal.

Novel adalah karya fiksyen naratif yang agak panjang, biasanya dalam prosa, yang biasanya diterbitkan sebagai buku – Wikipidea

Ketebalannya membuatkan kaum adam terkedu dan Hawwa gembira

Penentuan Format

14 Format yang menarik tersedia buat anda untuk berkarya kreatif di platform ZINE. Antaranya Story, OpenList, Dan Embed

So? what’s next? ‘Pilihan Di Tangan Anda’ 

Tetapi Dalam menghasilkan cerpen kita akan menggunakan hanya 3 format :

  1. Story
  2. Openlist
  3. Classic list

Hasil Dapatan

saya menyimpulkan penulis cerpen dan novel dalam 2 kategori berikut :

  • Kisah yang bersiri,ongoing, live atau ada cliffhanger
  • Kisah yang sudah siap keseluruhan Bab

Kisah Bersiri 

Format yang dicadangkan ialah ;

  • STORY 
  • OPEN LIST

Story

Ini ialah format paling asas dalam menghantar cerpen, anda hanya perlu memilih tajuk untuk karya cerpen, novel dan seram anda. Kemudian letakkan gambar berukuran yang telah ditetapkan, pilih kategori, masukkan hashtag dan submit for review ke editor. Kisah anda akan dipublish dalam tempoh 24 jam.

Anda boleh lihat video dibawah sebagai garis panduan :

“Satu minggu satu bab, satu hari satu bab”, itu terpulang kepada anda, terkadang idea itu perlukan sedikit masa dan ruang, jadi anda yang mencipta ruang masa dan menetapkannya, pembaca sedia menunggu.

Sebuah permulaan mesti ada penamatnya, tetapi risau pembaca baru sesat dengan kisah anda? Jangan risau, gunakan format story juga untuk mengumpulkan kesemua episode anda.

Langkah-langkah tatacara menyusun dan mengumpulkan episode di format story:

  1. Tulis tajuk umum anda, contoh : ‘Kekasih Jelmaan’
  2. Tulis sedikit sinopsis sekurang-kurang 300 patah perkataan
  3. Selepas itu, tulis tajuk episode anda
  4. Copy paste dan embed link episode di bawah setiap tajuk bab anda 
  5. Buat seperti biasa pilih gambar utama anda
  6. Pilih kategori dan 3 Hashtag
  7. Tekan submit for review atau save draft jika anda mahasibuk
  8. Tunggu dalam tempoh 24 jam untuk di publish
  9. Kemudian kongsikan ke mana-mana platform lain
  10. Kami juga akan siarkan  Di FB page Zine Penulisan sekiranya cerpen anda terpilih

 

Ini antara salah satu contoh cerpen yang telah di publish dan tersusun cantik

Aku Nampak Dia

Kisah Yang Lengkap

Sebuah Karya yang lengkap hanya perlu susun dan kemaskan kaedah menggunakan format Story seperti diatas .

Format yang dicadangkan ialah :

  • STORY
  • CLASSIC LIST

Tatacara menggunakan format Classic list dan Open list  akan bersambung kepada siri panduan artikel yang seterusnya.

Kesimpulan

Sebagai penutup, saya menyimpulkan panduan seperti berikut:

  1. Buat keputusan samaada ingin menulis kisah dalam cerpen atau novel
  2. Tetapkan dan anggarkan bilangan Bab kisah anda
  3. Pilih format story, open list atau classic list 
  4. Jika bersiri Pastikan di setiap hujung cerita terdapat ‘iklan acah’ untuk ke bab seterusnya
  5. Lengkapkan permintaan zine, seperti gambar, kategori, dan hashtag 

Pesanan Ringkas Editor

Tulislah kisah cerpen, novel dan karya yang segar dan bukannya karya orang lain. Kita sebagai zine rangers mementingkan keaslian sesebuah cerita, artikel dan karya.

 

Elakkan dari menggunakan ejaan ‘short form’ demi menjaga dirgahayu bahasa ibunda kita yang tercinta. Boleh ikuti Page FB Zine Penulisan di sini untuk mendapat kosa kata yang lebih meluas.

Jika anda ada persoalan berkaitan artikel di atas boleh bertanyakan di ruang komen di bawah atau hubungi editor melalui aplikasi whatsapp.

Akhir kalam dari saya, setiap manusia ada cerita yang unik tersendiri jadi, “masih belum terlambat untuk anda menulis kisah terbaik anda sendiri”.

Ayuh Menulis Dan Melakar Tamadun

 

 

 

 

 

 

 

32 points
Upvote Downvote