Konspirasi Kematian Jamal Khashoggi

435 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

Heboh media antarabangsa melaporkan mengenai pembunuhan kejam ke atas Jamal Khashoggi. Kehilangannya benar-benar menjadi tanda tanya besar. Ada apa dengan Jamal sebenarnya?

#1 Siapa Jamal Khashoggi?

Seorang jurnalis antarabangsa terkemuka, anak kelahiran Arab Saudi. Antara pengkritik tegar kerajaan Arab Saudi kini.

Beliau antara jurnalis yang melaporkan mengenai pencerobahan Soviet ke atas Afghanistan dan kebangkitan gerakan Osama bin Laden di Saudi melalui akhbar-akhbar tempatan.

Pernah berkhidmat sebagai penasihat kerabat Diraja Saudi. Namun, dia dibuang atas lantangnya mengkritik Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman sewaktu di Amerika tahun lalu.

#2 Kronologi Peristiwa

Jamal melawat ke Kedutaan Saudi di Turki pada 28 September lalu. Beliau diminta untuk hadir semula pada 2 Oktober.

Lawatannya itu bertujuan untuk menyelesaikan dan mendapatkan dokumen penceraian bekas isteri supaya dapat bernikah dengan tunangnya, seorang warganegara Turki.

Sebelum memasuki Kedutaan kali kedua, beliau menyerahkan dua telefon bimbit miliknya.

Jamal meminta tunangnya menghubungi terus penasihat kepada Presiden Turki Recep Teyyip Erdogan sekiranya beliau tidak keluar daripada bangunan tersebut.

Setelah menanti selama 10 jam di luar, tunangnya pulang dan terus membuat laporan di balai polis.

Setelah kehilangan selama 2 minggu akhirnya Jamal dilaporkan dibunuh secara kejam dengan memisahkan beberapa anggota badan.

#3 Amerika, Saudi dan Turki

Putera Mahkota Muhammed bin Salman memaklumkan bahawa pihak mereka tiada apa-apa yang perlu dilaporkan.

Sementara Erdogan menyatakan wujud bukti kuat dengan ketibaan 3 pasukan daripada 15 delegasi Saudi di Turki sebelum insiden tersebut berlaku.

Di samping kamera keselamatan yang dipasang telah dicabut oleh mereka, Erdogan dakwa bahawa Jamal didera sewaktu berada dalam bangunan itu.

Manakala Amerika melalui Presiden Donald Trump mengutuk sekeras-kerasnya insiden berkenaan atas nama kebebasan media.

Sudah pasti Trump tidak mahu rugi atas kepentingan minyak, pasaran, ketenteraan, ancaman teroris, perdagangan dan hubungan serantau terutamanya dengan negara-negara Teluk.

Persoalannya, adakah Amerika benar-benar ikhlas mengecam Arab Saudi yang merupakan sekutu terkuat mereka?

5 Fakta Menarik Al-Azhar Yang Perlu Anda Ketahui

32 points
Upvote Downvote