Kekasih Jelmaan

2,134 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorUp/Down VoterVerified UserContent AuthorStory MakerList MakerPoll Maker

Open list
12 submissions already

Karya : Farizal Radzali

Korang semua mesti pernah dengar tentang rakan imaginasi kan? Rakan imaginasi ni selalunya berdamping dengan anak kecil je. Ianya akan hilang sendiri bila anak kecil ini meningkat ke usia kanak- kanak apabila mereka dah ada kawan realiti dlm kehidupan mereka.

Tapi korang pernah dengar tak rakan imaginasi ni mengikut seseorang itu hingga dia remaja, dewasa dan akhirnya menjadi kekasih hatinya. Gulp!!

Kekasih Jelmaan sebuah karya genre seram daripada Farizal Radzali bakal buat anda tidak tidur malam. Beliau pernah menghasilkan beberapa buah koleksi buku seram dan merupakan penulis freelance kisah-kisah fiksyen seram. beliau juga selalu berkongsi kisahnya di laman facebooknya dan blog kaklongakaijan.

Ikuti karya beliau yang terbaru full episode Nabila di page Kak Long Ijan itupun jika anda Berani


Jom kongsikan kisah seram anda bersama ZINE sekarang!

#1 Kekasih Jelmaan – Bab 1

Korang semua mesti pernah dengar tentang rakan imaginasi kan? Rakan imaginasi ni selalunya berdamping dgn anak kecil je. Ianya akan hilang sendiri bila anak kecil ini meningkat ke usia kanak2 apabila mereka dah ada kawan realiti dlm kehidupan mereka.

Tapi korang pernah dengar tak rakan imaginasi ni mengikut seseorang itu hingga dia remaja, dewasa dan akhirnya menjadi kekasih hatinya. Gulp!!

Ceritanya begini. Dulu aku ada seorang kawan lelaki ni. Namanya Hidayat. Dia anak tunggal. Mak ayahnya orang bisnes, memang sibuk memanjang. Jarang ada di rumah. Mereka selalu ke luar kawasan, ke luar negara. Dan Hidayat ni selalunya tinggal dengan Mak Limah, pembantu rumah mereka. Suami Mak Limah, Pak Deris pun kerja dengan mak ayah Hidayat ni jugak sebagai pemandu ayah Hidayat merangkap tukang kebun. Mak Limah dan Pak Deris tiada anak, jadi sebab itulah mereka boleh menyayangi Hidayat seperti menyayangi anak mereka sendiri.

Aku kenal Hidayat ni sejak darjah 3. Masa tu dia baru bertukar ke sekolah yg sama dengan aku. Sewaktu mula-mula masuk sekolah tu, dia memang tak nak bergaul dengan orang lain. Dia sering bersendirian. Bila kami datang menegur dia, dia akan menjeling kami seperti kami nak rompak makanan dia.

Tapi kami pernah mengintip dia semasa rehat. Dia beli 2 makanan dan letak 1 kat depan dia. Masa makan, dia sembang sambil gelak-gelak macam ada orang lain bersama dia. Bila sedar kami mengintip dia, dia akan pandang kami macam harimau nak terkam mangsa. Dan kami pernah dengar bunyi merengus tapi rasanya itu bukan bunyi dia.

Cikgu pernah tegur kami, suruh kami jangan pulaukan Hidayat. Cikgu suruh kami bergaul dengan dia. Ajak belajar sama-sama, rehat sama-sama. Mungkin sebab cikgu tengok dia selalu bersendirian. Masalahnya, bukan kami yg tak nak kawan dengan dia tapi dia yg tak mahu kawan dengan kami.

Dan akhirnya cikgu bawa dia ke sesi kaunseling. Panggil ibu ayahnya datang sekolah tapi macam biasalah, Mak limah dan Pak Deris yg datang. Cikgu nasihatkan agar Hidayat belajar bergaul dengan kawan-kawan di sekolah kerana bimbang Hidayat membesar sebagai seorang insan anti-sosial. Anti-sosial ni sejenis penyakit jugak kata cikgu.

Selepas itulah dia bergaul perlahan-perlahan dengan kami. Kiranya aku ni dah jadi best friend dia la. Sebab aku suka tengok dia, dia comel. Dengan kaca mata bulat tebalnya, dan kami mempunyai persamaan iaitu suka baca buku.

Tapi waktu mula-mula dia sembang dengan aku, dia ada kata kalau nak terima dia sebagai kawan dia, aku kena terima kawan baik dia juga. Aku pelik juga. Selama sebulan dia kat sekolah tu, aku tak pernah nampak kawan dia tu. Katanya itulah kawan baik dia sejak dia mengenali dunia. Kawan dia selalu ikut dia walau ke mana dia pergi.

Tapi katanya kawan dia ni tak suka dia bergaul dengan orang lain. Jadi sesiapa yg nak berkawan dengan dia mestilah kena buat baik pada kawannya tu juga. Katanya kawannya itu pelik sikit sebab suka merangkak, dan duduk kat atas bahu dia. Dan kawannya tu bernama Jamilah.

Bersambung…


Sila tekan butang NEXT di bawah untuk ke bab seterusnya

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

33 points
Upvote Downvote