Hamba

279 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorUp/Down VoterVerified UserContent AuthorStory MakerList MakerPoll Maker

 

Tubuh menua mengatasi masa

dekad usia mengimbau kisah

pada cermin sayap kupu-kupuminit nyawa mendekati mati

terasa lebih pantas umur mereput

berbanding peralihan saat

bertanda di jarum waktu.

 

Belulang tak seteguh waja

perlahan terhakis

dan merah darah tak lagi cerah

bibir basah kini merekah

muda berganjak bangka

sejalur kedut pecah seribu

hitam rambut menjadi kapassakral bongkok berkaki tiga.

 

Aku ingin pulang dengan tenang

seperti hening di rumah Tuhan

menjauhi dunia memupuk cinta

melarutkan dosa dalam air mata

gigil taqwa yang diterimaku yang tua dibalas karma

moga tak terjilat lidah neraka.

 

Ampuni dosa berbusa

bagai bengkak nanah menanti pecah

yang lebih hitam menandingi arang

noktah noda makin bergumpal

terhimpun sejak riwayat kain putih

bayi yang tak lagi suci

merapati hikayat nyanyuk sebenar

semuanya nyata bukan opera.

 

Langkahku terbatas

sujud dahi tak terdaya mencecah bumi

rukuk ketinggalan tunduk

banyak hitungan tiang patah

diruntuhkan hawa menindih nafsu

dari kesekian kali yang entah ke berapa kali

berkali-kali aku mungkiri izinkan aku datang sekali ini

dengan lambakan dosa yang sungguh aku taubati.

TONGKAT SAKTI

Belantara Konkrit

Semenanjung Tanah Melayu

24 September 2018




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.